Wednesday, November 4, 2009

HAJI - HIKMAH DAN KEWAJIPAN
SERTA
MAKSUD MAMPU UNTUK MENGERJAKAN HAJI


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ibadat HAJI merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Ia DIWAJIBKAN ke atas setiap orang Islam sebagaimana yang telah DIFARDHUKAN melalui Al-Quran, As-Sunnah dan ijmak ulamak. Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:



Tafsirnya: "Dan Allah MEWAJIBKAN manusia mengerjakan ibadat HAJI dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang MAMPU sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (engkarkan KEWAJIPAN ibadat HAJI itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk’’ (Surah Ali Imran:97).

Mengenai KEWAJIPAN ibadat HAJI ini Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda Baginda yang maksudnya: "Agama Islam itu dibina atas lima perkara:
1. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah,
2. Mendirikan sembahyang,
3. Menunaikan zakat,
4. Berpuasa Ramadan dan
5. Mengerjakan HAJI’’ (HR.Al-Bukhari).

Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah tersebut maka ulamak sepakat mengenai KEWAJIPAN ibadat HAJI ditunaikan sekali dalam seumur hidup bagi orang-orang yang MAMPU. Ulamak juga sepakat mengenai kufurnya orang-orang yang engkar akan KEWAJIPANNYA.

HIKMAH DAN KEWAJIPAN HAJI
Setiap ibadat yang dituntut untuk dikerjakan setentunya mempunyai HIKMAH yang tersendiri, begitulah juga ibadat HAJI. Menurut ulamak, menghidupkan atau mengimarah Kaabah pada setiap tahun dengan menunaikan HAJI atau umrah adalah FARDHU kifayah. Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menyebut mengenai HIKMAH ibadat tersebut di antaranya sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tafsirnya:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat HAJI, nescaya mereka akan datang (ke Baitullah) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu kerana pengurniaanNya kepada mereka binatang ternak (untuk dijadikan korban)" (Surah Al-Hajj:27-28).

Terdapat juga penjelasan hadis-hadis mengenai HIKMAH ibadat HAJI di antaranya sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengerjakan HAJI kerana Allah semata-mata (iaitu) dia tidak melakukan perkara-perkara keji dan buruk maka dia suci daripada dosanya seolah-olah pada hari dia dilahirkan oleh ibunya’’ (HR.Al-Bukhari).

Ibadat HAJI juga mempunyai keistimewaan tertentu bagi orang-orang yang mengerjakannya sama ada bagi dirinya sendiri atau umat Islam secara keseluruhannya. Bagi orang yang mengerjakan ibadat HAJI, ibadat tersebut akan menghapuskan segala kesalahan dan dosa serta membersihkan dirinya daripada maksiat yang telah dilakukan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Suatu umrah kepada umrah yang lain adalah kaffarah (menghapuskan segala dosa) di antara keduanya dan HAJI yang mabrur (diterima) itu tiada balasan baginya selain Syurga’’ (HR.Al-Bukhari).

Dan hadis yang lain yang maksudnya:
"Diampunkan dosa bagi orang yang mengerjakan HAJI dan bagi mereka yang dimintakan ampun oleh orang yang BERHAJI" (HR.Al-Tabarani dan Al-Hakim).

Ibadat HAJI juga mengukuhkan iman seseorang dan dapat membantu menyempurnakan taubat dengan ikhlas dan betul. Ibadat tersebut juga membawa seseorang itu bersyukur kepada Tuhannya iaitu berterima kasih dengan nikmat harta dan kesihatan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana ibadat HAJI TIDAK WAJIB dikerjakan jika tidak mempunyai harta yang cukup dan badan yang sihat.

Manakala keistimewaan ibadat HAJI kepada umat manusia, membawa mereka saling kenal-mengenal di antara satu sama lain walaupun berbeza warna kulit, bahasa dan bangsa. Di samping itu dapat bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal umat Islam di tempat masing-masing dan saling bantu-membantu menangani masalah umat seperti penyelewengan akidah dan sebagainya serta apa-apa juga perkara yang terkandung sepertimana yang dijelaskan oleh Al-Quran iaitu yang tafsirnya:
"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka" (Surah Al-Hajj:27).

Ibadat HAJI juga membawa ikatan mahabbah persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam sama ada dia seorang yang berbangsa Arab atau sebaliknya dan tidak mengira warna kulit sama ada hitam atau putih yang lebih penting ialah ketakwaan. Pada hakikatnya ibadat HAJI dijadikan sebagai muktamar atau perhimpunan umat Islam yang terbesar di dunia. Di dalamnya umat Islam saling berusaha menyebarkan dakwah Islamiyah dan aktiviti-aktiviti yang dibuat di kalangan mereka. Inilah HIKMAHNYA persaudaraan yang dipupuk oleh umat Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran bahawa orang-orang Islam itu adalah bersaudara.


HAJI WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP
Ibadat HAJI boleh dikerjakan berulang kali bagi mereka yang mempunyai KEMAMPUAN dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun menurut ulamak, ibadat HAJI itu WAJIB dikerjakan hanya sekali seumur hidup berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam daripada Abu Hurairah Radiallahu 'anhu yang maksudnya: "Telah berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dalam khutbah Baginda: "Wahai sekalian manusia, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah MEWAJIBKAN kepada kamu ibadat HAJI, oleh kerana itu kamu kerjakanlah HAJI".
Seorang lelaki bertanya: "Adakah (dikerjakan HAJI) pada setiap tahun?".
Baginda diam tidak menjawab sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebanyak tiga kali, selepas itu baru Baginda menjawab dan bersabda: "Jika aku katakan "Ya", nescaya WAJIBLAH ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya" (HR.Ahmad dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas, ulamak sepakat mengatakan bahawa ibadat HAJI itu WAJIB dikerjakan hanya sekali seumur hidup dan jika dikerjakan berulang kali maka HAJI yang kedua dan seterusnya itu dikira sebagai SUNAT. Ulamak juga sepakat bahawa ibadat HAJI itu TIDAK WAJIB dikerjakan dengan bersegera. Walau bagaimanapun SUNAT tidak melambatkan ibadat tersebut bagi orang-orang yang mempunyai KEMAMPUAN dan telah cukup syarat-syarat yang DIWAJIBKAN kepada mereka. Bersegera dalam membuat amal kebajikan itu suatu perkara yang dituntut sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman yang tafsirnya: "Oleh itu berlumba-lumbalah (bersegera) kamu membuat amal kebajikan (beriman dan beramal soleh)" (Surah Al-Maaidah:48).

MENGETAHUI SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI
Ibadat HAJI WAJIB dikerjakan oleh orang Islam yang cukup syarat dan BERKEMAMPUAN sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bagi mereka yang berhajat menunaikan ibadat HAJI, persediaan yang HARUS dibuat ialah memastikan sama ada mereka telah mempunyai syarat-syarat yang cukup dan BERKEMAMPUAN atau sebaliknya. Dengan memenuhi syarat-syarat tersebut dia DIWAJIBKAN dan dituntut menunaikan ibadat HAJI, tetapi tanpa salah satu daripada syarat-syarat itu, maka dia TIDAK WAJIB menunaikannya.

Di antara syarat-syarat yang WAJIB menunaikan HAJI itu ialah hendaklah dia:
1. Seorang Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. BERKEMAMPUAN dari segi kesihatan badan dan mempunyai harta
6. Keselamatan dalam perjalanan menuju ke Mekah

Dan di antara syarat-syarat yang TIDAK WAJIB menunaikan HAJI itu ialah:
1. Orang kafir
2. Kanak-kanak
3. Orang gila
4. Hamba sahaya
5. Tidak BERKEMAMPUAN dari segi kesihatan badan dan harta
6. Tiada keselamatan dalam perjalanan menuju ke Mekah

Menurut ulamak, orang kafir TIDAK WAJIB dan TIDAK SAH mengerjakan ibadat HAJI. Tetapi WAJIB pula HAJI itu ke atas orang murtad sekalipun TIDAK SAH kecuali dia masuk Islam. Ibadat HAJI juga TIDAK WAJIB ke atas kanak-kanak dan orang gila kerana mereka tidak dituntut mengerjakannya. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang mumayyiz tetapi belum baligh, jika dia mengerjakan ibadat HAJI, HAJINYA tetap SAH dan dikira sebagai HAJI SUNAT. Hal ini berdasarkan riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: "Apabila kanak-kanak itu mengerjakan HAJI, maka baginya (dia mendapat) HAJI itu sehingga dia berakal, dan apabila dia telah berakal maka ke atasnya (WAJIB) HAJI yang lain" (HR.Al-Hakim).

HAJI kanak-kanak yang mumayyiz atau yang belum mumayyiz hendaklah diniatkan HAJINYA oleh wali sama ada bapa atau datuknya, sekalipun bapa atau datuknya itu belum berihram atau belum pernah melakukan HAJI, dengan niat "Aku berihram bagi si polan". Bagi kanak-kanak yang mumayyiz TIDAK HARUS berihram kecuali dengan izin walinya. Begitu juga kanak-kanak yang belum mumayyiz segala perbuatan HAJINYA hendaklah dibuat bersama walinya iaitu dia melakukan tawaf dan sa’ie dengan walinya dan WAJIB ke atas kanak-kanak tersebut bersih dan menutup aurat sekalipun tidak disyaratkan suci daripada hadas (berwuduk).

Ringkasnya, kanak-kanak tersebut hendaklah dibawa hadir ke setiap tempat ibadat HAJI seperti dibawa kanak-kanak itu melakukan tawaf dan sa’ie dan sebagainya, iaitu sesudah walinya itu melakukan tawaf dan sa’ie bagi dirinya sendiri. Begitu juga jika kanak-kanak itu tidak boleh melakukan lontaran jamrah, maka wali akan melakukannya sebagai wakil seperti melontar jamrah Al-’Aqabah, jika kanak-kanak itu tidak berdaya adalah SUNAT (mustahab) wali itu meletakkan batu pada tangan kanak-kanak tersebut dan melontar bersamanya, iaitu setelah si wali melontar jamrah tersebut bagi dirinya sendiri. Dalam keadaan tersebut HARUS bagi wali itu memberi izin kepada orang lain membawa kanak-kanak itu dan menunaikan ibadat HAJI bersama kanak-kanak tersebut.

MAMPU UNTUK MENGERJAKAN HAJI : MAKSUD DAN SYARAT-SYARATNYA
Antara syarat-syarat WAJIB HAJI itu ialah ada istitha’ah (BERKEMAMPUAN/Berkuasa) sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Surah Ali ‘Imran, Ayat 97 yang tafsirnya "Dan Allah MEWAJIBKAN manusia mengerjakan ibadat HAJI dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang MAMPU sampai kepadanya".

Tafsiran ayat di atas "Sesiapa yang MAMPU sampai ke Baitullah” bermaksud mempunyai bekalan dan kenderaan untuk pergi ke Mekah al-Mukarramah. Diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu:



Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai firman Allah: "sesiapa yang MAMPU sampai kepadanya".
Maka ditanya: "Apa itu assabiil?".
Baginda menjawab: "Bekalan dan kenderaan” (HR.al-Hakim).

Jenis-Jenis MAMPU Untuk Mengerjakan HAJI
Ulamak Syafi’eyah mensyaratkan MAMPU untuk mengerjakan HAJI itu terbahagi kepada dua jenis:

(1) MAMPU Untuk Mengerjakan HAJI Dengan Diri Sendiri
Ini bermaksud seseorang itu MAMPU mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri tanpa perantaraan orang lain. Dikatakan juga dia adalah MAMPU dengan tubuh badan dan harta.

Syarat-Syarat MAMPU Untuk Mengerjakan HAJI Dengan Diri Sendiri
Syarat-syarat bagi orang yang MAMPU mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri adalah seperti berikut:

(i) Mempunyai Bekalan Yang Mencukupi Semasa Pergi Dan Balik HAJI
Di samping bekalan yang cukup untuk dirinya mengerjakan HAJI, bekalan itu juga mencukupi untuk orang yang dibawah tanggungannya yang ditinggalkannya semasa pergi dan balik HAJI iaitu orang yang WAJIB diberi nafkah. Bekalan untuk orang yang ditinggalkannya itu termasuk nafkah, pakaian, khidmat pembantu, tempat tinggal, bayaran perubatan dan upah doktor. Juga mempunyai bekalan seperti air di tempat-tempat perhentian dengan harga yang berpatutan menurut keadaan tempat dan masa.

Begitu juga, ada lebihan untuk membayar hutangnya kepada seseorang sama ada hutang yang perlu dibayar dengan segera ataupun bertangguh. Demikian juga, hutangnya kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti nazar dan kaffarah. Jika seseorang itu tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk dirinya atau orang yang ditinggalkannya semasa pergi dan balik HAJI dan tidak ada lebihan untuk membayar hutang, maka TIDAK DIWAJIBKAN ke atasnya HAJI. Rumah kediaman, pakaian dan apa saja yang dalam makna keperluan yang sangat dihajati (dharuri), TIDAK WAJIB dijual demi mencukupi bekalan dan kenderaan untuk mengerjakan HAJI.

Namun jika harta tersebut dijual sebahagiannya untuk perbelanjaan HAJI dan sebahagian lagi masih dapat memenuhi keperluannya (dharuri), maka WAJIB ke atasnya HAJI. Sebagai contoh, seseorang itu memilik tanah lalu dia dapat menjual sebahagian tanahnya itu untuk perbelanjaan HAJI dan sebahagiannya lagi mencukupi untuk keperluannya (dharuri), maka WAJIB ke atasnya HAJI. Jika seseorang itu berhajat untuk kahwin kerana takut berlakunya zina, maka utamakanlah kahwin itu daripada HAJI. Namun jika kahwinnya itu bukan kerana takut berlakunya zina, maka AFDHAL didahulukan HAJI daripada kahwin.

(ii) Mempunyai Kenderaan Sama Ada Dengan Dibeli Atau Sewa
Syarat ini adalah bagi orang yang jauh tempat tinggalnya daripada Mekah sejauh dua marhalah (kira-kira 89 kilometer) atau lebih iaitu kadar yang DIHARUSKAN sembahyang qashar. Sementara bagi orang yang dekat tempat tinggalnya dengan Mekah iaitu kurang daripada dua marhalah dan dia MAMPU untuk berjalan kaki, maka WAJIB ke atasnya mengerjakan HAJI dan tidak disyaratkan ke atasnya mempunyai kenderaan. Namun jika orang yang dekat tempat tinggalnya dengan Mekah itu TIDAK MAMPU untuk berjalan kaki, maka mempunyai kenderaan itu menjadi syarat ke atasnya sebagaimana orang yang jauh tempat tinggalnya daripada Mekah.

Jika seseorang itu tidak mempunyai kenderaan sama ada dengan dibeli atau sewa, maka TIDAK DIWAJIBKAN ke atasnya HAJI. Sebagaimana hadis riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya:



Maksudnya: "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, maka lelaki itu bertanya: "Ya Rasulullah! apakah yang MEWAJIBKAN HAJI itu?”.
Baginda menjawab: "Bekalan dan kenderaan” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

(iii) Aman Dan Selamat Dalam Pelayaran Daripada Bahaya
Aman dan selamat dalam pelayaran daripada bahaya sama ada ke atas diri atau anggotanya ataupun diri atau anggota orang yang bersama-samanya. Demikian juga, selamat harta dan barangnya daripada bahaya. Sebahagian ulamak mutaakhirin mengaitkan harta dan barang itu dengan nafkah dan bekalan, iaitu selamat harta dan barangnya yang diperlukan untuk nafkah dan bekalan daripada bahaya. Akan tetapi jika dia membawa bersamanya harta untuk berniaga dan dia bimbang akan keselamatan harta perniagaannya itu daripada bahaya, maka kebimbangannya itu tidak dikira sebagai satu keuzuran.

Jika tidak selamat dalam pelayarannya itu daripada bahaya seperti takut binatang buas, musuh atau pengintai yang ingin menyamun hartanya walaupun sedikit dan tidak ada laluan lain lagi yang selamat, maka TIDAK DIWAJIBKAN ke atasnya HAJI kerana ia dikira TIDAK MAMPU. Namun jika ada laluan lain yang selamat, maka WAJIB ke atasnya HAJI.

Adapun jika tidak ada laluan lain yang selamat melainkan melalui laut, dalam hal ini menurut pendapat yang ashah, sekiranya pada kebiasaannya ia membawa kebinasaan seperti ombak yang bergelora, maka TIDAK WAJIB ke atasnya HAJI bahkan HARAM melaluinya. Jika pada kebiasaannya ia selamat, maka WAJIB ke atasnya HAJI. Namun jika kebiasaan keduanya itu seimbang (kebinasaan dan selamat), maka TIDAK WAJIB HAJI bahkan HARAM melaluinya.

(iv) Ditemani Syarat Khusus Bagi Perempuan
Disyaratkan bagi perempuan yang ingin mengerjakan HAJI hendaklah ditemani oleh suaminya atau mahramnya atau perempuan-perempuan lain yang dipercayai (amanah, adil atau ‘adalah). Jika tidak ditemani oleh salah satu daripada mereka itu, maka TIDAK WAJIB ke atasnya HAJI bahkan HARAM dia bermusafir seorang diri kerana takut dilencongkan ke arah perkara keji dan ditipu. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam:



Maksudnya: "Tidak boleh seorang perempuan bermusafir melainkan bersama mahram...” (HR.al-Bukhari).

Mahram yang kanak-kanak tidak memadai untuk menemani perempuan itu mengerjakan HAJI. Hendaklah mahramnya itu lelaki baligh atau hampir baligh yang boleh menjaga keamanan apabila bersamanya. Demikian juga, jika perempuan itu bermusafir bersama dengan perempuan-perempuan yang dipercayai, mereka itu hendaklah juga baligh atau hampir baligh.

Bilangan perempuan-perempuan yang menemaninya itu adalah seramai tiga orang (kesemuanya empat orang termasuk perempuan yang ditemani itu). Ini memandangkan bahaya pelayaran tersebut dan untuk mengambil langkah berhati-hati kerana kadang-kadang terjadi kepada salah seorang mereka itu
suatu hajat keperluan seperti membuang air kecil atau sebagainya, maka seorang daripada mereka boleh menemaninya dan dua orang lagi boleh tinggal. Sekiranya mereka itu kesemuanya cuma tiga orang, nescaya dalam keadaan tersebut, dia akan pergi seorang diri dan menimbulkan ketakutan pada dirinya.

Walau bagaimanapun jika dia hanya ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai, maka HARUS (TIDAK WAJIB) bagi perempuan itu bermusafir untuk mengerjakan HAJI FARDHU. Demikian juga, HARUS baginya bermusafir seorang diri untuk mengerjakan HAJI FARDHU apabila dia yakin selamat pada dirinya dari ditipu dan dilencongkan ke arah perkara yang keji. Berlainan hukumnya, apabila ditemani dengan tiga orang perempuan yang dipercayai adalah WAJIB ke atasnya HAJI. Adapun jika HAJI SUNAT ataupun tujuan musafir lain yang bukan WAJIB, maka HARAM ke atas perempuan itu bermusafir sama ada jauh ataupun dekat walaupun ditemani dengan jemaah perempuan yang ramai.

Kesimpulan hukum bagi perempuan bermusafir itu adalah seperti berikut:
(i) HAJI FARDHU
a) WAJIB apabila ditemani oleh suami atau mahram atau tiga orang perempuan yang dipercayai.
b) HARUS apabila ditemani oleh seorang perempuan yang dipercayai.
c) HARUS bermusafir seorang diri apabila dia yakin selamat.

(ii) HAJI SUNAT
a) HARAM jika tidak ditemani oleh suami atau mahram.
b) HARAM walaupun ditemani oleh ramai perempuan.

Menurut pendapat yang ashah, apabila mahram perempuan itu tidak mahu menemaninya bermusafir untuk mengerjakan HAJI kecuali dengan dibayar upah, maka hendaklah perempuan itu memberinya upah. Demikian juga sama keadaan mahram itu, suami dan perempuan-perempuan yang menemaninya, apabila mereka tidak mahu menemaninya melainkan dengan diberi upah maka hendaklah diberi upah. Namun jika mereka itu tidak mahu menemainya bermusafir untuk mengerjakan HAJI walaupun diberi upah, maka tidaklah boleh dipaksa.

(v) Sihat Tubuh Badan Dan Tidak Menghadapi Kesukaran Yang Keterlaluan Ketika Dalam Kenderaan
Jika seseorang itu menghadapi kesukaran yang keterlaluan seperti kerana sakit, tua atau sebagainya, maka tidak dikira sebagai seorang yang MAMPU untuk mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri. Adapun jika kesukarannya itu tidak keterlaluan dan pada kebiasaannya dia MAMPU menghadapinya, maka ia tidak dikira sebagai satu kepayahan. Sementara orang yang buta, TIDAK WAJIB ke atasnya mengerjakan HAJI melainkan ada bersamanya pemandu. KEWAJIPAN ada pemandu bagi orang buta itu sama seperti KEWAJIPAN ada mahram bagi perempuan.

(vi) Mempunyai Masa Dan Kesempatan Bagi Menunaikan FARDHU HAJI
Ada waktu yang mencukupi untuk sampai ke Mekah bagi mengerjakan HAJI mengikut kadar perjalanan biasa. Namun jika waktu tidak mencukupi untuk sampai ke Mekah bagi mengerjakan HAJI, maka TIDAK WAJIB ke atasnya HAJI. Contohnya ialah seperti orang yang MAMPU untuk mengerjakan HAJI sebelum wukuf di hari ‘Arafah, tetapi waktu untuk sampai ke ‘Arafah tidak mencukupi mengikut kadar perjalanan yang biasa, maka TIDAK DIWAJIBKAN HAJI ke atasnya pada tahun itu.

(2) MAMPU Untuk Mengerjakan HAJI Dengan Perantaraan Orang Lain
Ini bermaksud seseorang itu TIDAK MAMPU mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri sama ada disebabkan kematian ataupun lemah kerana sakit, tua atau sebagainya, akan tetapi dia MAMPU mengerjakannya dengan perantaraan orang lain seperti memberi upah kepada seseorang mengerjakan HAJI untuk dirinya. Dikatakan juga dia adalah MAMPU dari segi harta sahaja.

Syarat-Syarat MAMPU Untuk Mengerjakan HAJI Dengan Perantaraan Orang Lain
Orang yang TIDAK MAMPU untuk mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri, WAJIB ke atasnya mengerjakan HAJI dengan perantaraan orang lain apabila memenuhi syarat-syarat WAJIBNYA. Mereka yang boleh mengerjakan HAJI dengan perantaraan orang lain itu adalah seperti berikut:

(i) Orang Yang Telah Meninggal Dunia Sedangkan Semasa Hidupnya Dia MAMPU
Sesiapa yang meninggal dunia sedang KEWAJIPAN HAJI masih tertanggung ke atasnya (iaitu semasa hidupnya dia MAMPU untuk mengerjakan HAJI tetapi tidak dikerjakannya), ini termasuk juga qadha, nazar atau dia diupah untuk mengerjakan HAJI, maka WAJIB dikerjakan HAJI untuk diri si mati dari harta peninggalannya. Ini sama seperti KEWAJIPAN membayar hutang. Orang yang DIWAJIBKAN mengerjakan HAJI untuk si mati itu sama ada dia melakukannya dengan diri sendiri ataupun dengan perantaraan orang lain adalah seperti berikut:
(i) Orang yang diwasiatkan
(ii) Jika tidak ada orang yang diwasiatkan, maka ahli waris
(iii) Jika tidak ada ahli waris, maka hakim

Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallallahu ‘anhuma bahawa telah datang seorang perempuan bertanyakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam:



Maksudnya: "Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk mengerjakan HAJI lalu dia mati sebelum mengerjakan HAJI, adakah aku mengerjakan HAJI untuknya?”.
Baginda bersabda: "Ya, kerjakanlah HAJI untuknya. Apa pandanganmu apabila ibumu memiliki hutang, adakah engkau akan membayarkannya?”.
Dia menjawab: "Ya”.
Baginda Bersabda: "Sempurnakanlah hutang kepada Allah, sesungguhnya hutang kepada Allah lebih berhak ditunaikan” (HR.al-Bukhari).

Jika si mati itu tidak ada harta peninggalan, maka SUNAT bagi ahli warisnya dan orang asing (walaupun tanpa izin ahli waris) mengerjakan HAJI untuk si mati. Apabila seseorang itu tidak dapat mengerjakan HAJI selepas dia MAMPU untuk mengerjakan HAJI seperti meninggal dunia atau gila atau hilang hartanya sebelum para jemaah mengerjakan HAJI, maka tidak dikerjakan HAJINYA itu dari harta peninggalannya. Walau bagaimanapun SUNAT bagi ahli waris dan orang asing mengerjakan HAJI untuk diri si mati. Sementara HAJI SUNAT pula, TIDAK HARUS dikerjakan HAJI itu untuk diri si mati melainkan ada wasiat daripadanya.

(ii) Orang Yang Lemah Atau Terbatas Kesempurnaan Pergerakannya
Orang yang lemah atau terbatas kesempurnaan pergerakannya sama ada disebabkan sangat tua, cacat, sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau sebagainya yang mereka TIDAK MAMPU untuk mengerjakan HAJI dengan diri sendiri seperti ada kesukaran yang keterlaluan ketika dalam kenderaan, adalah dibolehkan mengerjakan HAJI dengan perantaraan orang lain. Diriwayatkan oleh al-Fadhl Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang perempuan daripada Khats‘am berkata:



Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya bapaku sangat tua sedang ke atasnya KEWAJIPAN HAJI dan dia TIDAK MAMPU untuk tetap berada di atas untanya”. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: "Maka engkau kerjakanlah HAJI untuknya” (HR.Muslim).

Orang yang lemah untuk mengerjakan HAJI dengan dirinya sendiri adalah DIWAJIBKAN mengerjakan HAJI dengan perantaraan orang lain apabila mempunyai harta bagi membayar upah yang berpatutan kepada orang yang diupahnya ataupun tanpa upah jika orang yang diupah itu reda. Adapun jika upah itu melebihi daripada upah yang berpatutan walaupun hanya lebih sedikit, maka TIDAK DIWAJIBKAN ke atasnya HAJI.

Syarat upah itu hendaklah ada lagi lebihan untuk bekalan orang yang lemah itu pada hari dia mengupah. Iaitu segala keperluannya seperti nafkah, pakaian dan khadam sama ada cukup untuk dirinya atau keluarganya pada hari dia mengupah itu. Demikian juga, disyaratkan ada lebihan untuk semua keperluan orang yang lemah itu melainkan nafkah untuk diri dan keluarganya selepas hari dia mengupah. Ini kerana orang yang lemah itu berada di dalam negeri (bermuqim bersama keluarganya) dia akan dapat memperolehi nafkah tersebut walaupun dengan meminjam.

Jika orang yang lemah itu tidak memenuhi syarat-syarat upah tersebut, maka TIDAK WAJIB ke atasnya HAJI. Namun jika anaknya atau orang asing yang ingin membayarkan upah tersebut bagi pihak orang yang lemah itu, maka menurut pendapat yang ashah tidaklah WAJIB ke atas orang yang lemah itu menerimanya. Adapun jika anaknya atau orang asing yang ingin mengerjakan HAJI untuk dirinya secara sukarela, maka WAJIB orang yang lemah itu menerimanya (mengizinkannya).

Adapun jika dia tidak mengizinkan mereka mengerjakan HAJI untuk dirinya, maka tidaklah perlu hakim mengizinkan bagi pihak dirinya dan janganlah dipaksa orang yang lemah itu supaya mengizinkannya, ini kerana HAJI tersebut TIDAK WAJIB dikerjakan dengan segera. TIDAK SAH mengerjakan HAJI untuk diri orang yang lemah itu apabila dia tidak mengizinkan. Ini kerana ibadat HAJI itu memerlukan kepada niat.

Orang yang lemah itu WAJIB ke atasnya HAJI apabila anaknya atau orang asing yang ingin mengerjakan HAJI untuk dirinya secara sukarela itu memenuhi syarat. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(i) Hendaklah orang yang sukarela itu terdiri daripada orang yang SAH mengerjakan HAJI FARDHU iaitu Islam, baligh, berakal dan merdeka.
(ii) Hendaklah orang yang sukarela itu sudah mengerjakan HAJI dan tidak ada tertanggung lagi ke atasnya KEWAJIPAN HAJI, qadha atau nazar.
(iii) Hendaklah orang yang sukarela itu dipercayai untuk mengerjakan HAJI untuk diri orang yang lemah itu.
(iv) Hendaklah orang yang sukarela itu tidak lemah atau terputus kesempurnaan pergerakannya.

Demikianlah penjelasan mengenai MAMPU mengerjakan HAJI sama ada MAMPU mengerjakannya dengan diri sendiri ataupun melalui perantaraan orang lain. Semoga penjelasan yang telah dihuraikan ini akan menjadi panduan kepada kita serta tahu bila dikatakan MAMPU mengerjakan HAJI dengan diri sendiri dan MAMPU mengerjakan HAJI dengan perantaraan orang lain.

Penutup
Berdasarkan syarat-syarat di atas, adalah WAJIB bagi mereka yang mempunyai KEMAMPUAN seperti harta, kesihatan dan keselamatan menunaikan ibadat HAJI ke Mekah. Bagi mereka yang telah mempunyai KEMAMPUAN dan kecukupan untuk BERHAJI adalah lebih utama dilaksanakan ibadat tersebut sebelum datang perkara yang akan menghalanginya, kerana Islam sangat menggalakkan umatnya bersegera dalam membuat sebarang alam kebajikan, lebih-lebih lagi ibadat yang dituntut dan DIWAJIBKAN. Hal tersebut dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam melalui sabdanya yang maksudnya: "Allah Azza wa Jalla berfirman: "Sesungguhnya Aku memberikan kesihatan badan kepada seseorang hamba dan Aku memberikan keluasan (rezeki) dalam kehidupannya sehingga berlalu lima tahun, dia tidak akan kembali kepadaKu dalam keadaan dia telah berihram (telah menunaikan HAJINYA)" (HR.Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).

RENUNGAN: HIKMAH HAJI
HAJI merupakan Rukun Islam yang kelima
HAJI itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup
HAJI diwajibkan ke atas setiap orang Islam yang MAMPU
HAJI ialah mengunjungi Kaabah Mekah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala semata-mata..

HAJI itu balasan baginya adalah Syurga
HAJI dapat mensuci diri dari dosanya seolah-olah pada hari dia dilahirkan oleh ibunya
HAJI menghapuskan segala kesalahan dan dosa serta membersihkan dirinya dari maksiat yang telah dilakukan
HAJI itu membersihkan hati, jiwa dan jasad untuk membawa Hakikat Jiwamu sampai kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

HAJI dijadikan sebagai muktamar perhimpunan umat Islam yang terbesar di dunia
HAJI membentuk ikatan mahabbah persaudaraan yang kukuh di kalangan umat Islam
HAJI boleh saling kenal-mengenal antara satu sama lain walaupun berbeza warna kulit, bahasa dan bangsa
HAJI tanda syukur kita kepada Allah iaitu berterima kasih dengan nikmat harta dan kesihatan yang diberikan..

HAJI bagi orang yang cukup syarat diwajibkan, SUNAT tidak melambatkan ibadat tersebut
HAJI bagi orang yang engkar akan kewajipannya, ulamak sepakat mengenai kufurnya orang itu
HAJI boleh mengukuhkan iman seseorang dan membantu menyempurnakan taubat dengan ikhlas dan betul
HAJI boleh dikerjakan dengan melakukannya dengan diri sendiri ataupun dengan perantaraan orang lain..

Nak ditunggu apa lagi hai orang yang MAMPU mengerjakan HAJI....uzurmu @ matimu ????
Rukun Islam 5 : BERHUTANG UNTUK MENGERJAKAN HAJI


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘'alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Ibadat HAJI adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia DIWAJIBKAN ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat-syarat WAJIB HAJI. Antara syarat-syarat WAJIB HAJI itu ialah istitha‘ah. Istitha‘ah bererti berkuasa atau ada kemampuan. Istitha‘ah (berkuasa) MENGERJAKAN HAJI itu ada dua bahagian iaitu:

1. Berkuasa pergi melaksanakan HAJI dengan dirinya sendiri
2. Berkuasa menunaikan HAJI dengan perantaraan orang lain

Hubungan HUTANG dengan HAJI
Apa yang menarik perhatian kita untuk ditonjolkan dalam perbincangan ini mengenai kedua-dua jenis istitha‘ah di atas ialah berkenaan "berkuasa pergi melaksanakan HAJI dengan dirinya sendiri”. Menurut para ulamak, berkuasa MENGERJAKAN HAJI dengan dirinya sendiri itu mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu:

1. Mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya semasa dalam perjalanan pergi dan balik serta semasa melaksanakan FARDHU HAJI, dan juga sara hidup
bagi orang yang WAJIB dibelanjainya semasa dalam pelayarannya, serta perbelanjaannya itu melebihi dari HUTANGNYA.

2. Mempunyai kenderaan seperti kapal terbang, kapal laut, bas dan seumpamanya sama ada miliknya sendiri atau dia mampu menyewanya dengan sewaan biasa
menurut tempat dan masa.

Syarat mempunyai kenderaan bagi yang hendak MENGERJAKAN HAJI itu hanya dikenakan kepada orang yang jauh tempat tinggalnya daripada Mekah iaitu sejauh dua marhalah atau lebih iaitu jarak jauh yang membolehkan sembahyang diqashar. Kedua-dua syarat iaitu bekalan dan kenderaan itu disebut dalam hadis riwayat Ibnu ‘Umar dengan katanya:



Maksudnya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, lalu berkata (bertanya): "Ya Rasulullah, apakah yang MEWAJIBKAN HAJI itu?".
Baginda bersabda: "Bekalan dan kenderaan” (HR.at-Tirmidzi).

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa orang yang tidak mempunyai bekalan dan kenderaan itu belum DIWAJIBKAN ke atasnya MENGERJAKAN HAJI. Menurut Ibnu Hajar, TIDAK WAJIB di atas orang Islam mencari bekalan dan kenderaan untuk pergi HAJI dengan cara meminta-minta kepada orang lain atau menerima pemberian daripada orang lain atau dengan cara BERHUTANG, kecuali dia mendapat bekalan dan seumpamanya itu daripada harta yang sedia ada di tangannya.

Bagi orang yang memiliki belanja yang melebihi dari keperluan dirinya dan tanggunggannya sepanjang pemergiaannya untuk MENGERJAKAN HAJI maka HAJI adalah WAJIB ke atas orang tersebut. Demikianlah sebaliknya sekiranya belanja tersebut tidak melebihi keperluan diri dan tanggunggannya maka tiadalah WAJIB HAJI ke atasnya.

Adapun orang yang memiliki harta yang memberi hasil kepadanya dan hasil tersebut tidak melebihi kadar keperluan diri dan tanggunggannya, seperti tanah atau rumah sewa dan seumpamanya, tetapi apabila dijual harta berkenaan, hasil jualan tersebut akan membolehkan dia MENGERJAKAN HAJI dan melebihi keperluan tanggunggannya sepanjang pemergian HAJI, maka menurut qaul yang ashah dalam mazhab Syafi‘e HAJI adalah WAJIB ke atas orang tersebut.

Walau bagaimanapun TIDAK WAJIB menjual rumah tempat kediamannya dan perkakas rumah untuk MENGERJAKAN HAJI, pada fikiran kita termasuk juga tidak menjual tanah, kerana semua perkara itu adalah merupakan keperluan yang sangat dihajati (dharuri). Malahan ia mesti diberikan prioriti sebagai perkara asas untuk membolehkan seseorang menjalani kehidupan. Oleh itu Islam tidak membebankan umatnya untuk menunaikan HAJI jika belum berkemampuan dan cukup syarat-syaratnya.

Orang BERHUTANG Untuk MENGERJAKAN HAJI
Apa yang kadang-kadang berlaku, walaupun MENGERJAKAN HAJI itu WAJIB terdapat sebahagian orang memaksa dirinya BERHUTANG untuk tujuan tersebut. BERHUTANG itu mengandungi risiko yang tinggi yang boleh menyusahkan bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Antara hadis yang memperkatakan masalah HUTANG dan orang yang BERHUTANG sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Malik:



Maksudnya: "Dan jauhkanlah diri kamu dari HUTANG, kerana sesungguhnya (HUTANG itu) awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya” (HR.Malik).

Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung dengan HUTANGNYA sehinggalah HUTANGNYA itu dibayar” (HR.at-Tirmidzi).

Di dalam sebuah atsar diriwayatkan daripada Tariq, beliau berkata:



Maksudnya: "Aku pernah mendengar Ibnu Abi Awfa (salah seorang sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam) ditanya berkenaan seorang laki-laki yang BERHUTANG untuk pergi menunaikan HAJI, beliau berkata: "Mohonlah rezeki kepada Allah dan jangan BERHUTANG” (Dikeluarkan oleh al-Baihaqi).

Imam an-Nawawi menjelaskan pendapat para ulamak mazhab Syafi‘e bahawa sekalipun orang yang memberi HUTANG itu rela supaya HUTANG itu dibayar semula pada tempoh selepas menunaikan HAJI, HAJI tetap TIDAK WAJIB ke atas orang yang BERHUTANG itu (Al-Majmu‘:7/56).

Penutup
Agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Dalam hal MENGERJAKAN HAJI para ulamak telah menjelaskan syarat-syarat tertentu yang amat padat, kemas dan ringkas berdasarkan al-Qur‘an, hadis dan ijma‘. Jika syarat-syarat itu tidak dapat dipenuhi oleh seseorang, maka HAJI TIDAK WAJIB baginya, walaupun HAJI itu salah satu daripada Rukun Islam. Ini membuktikan bahawa agama Islam itu agama rahmat dan tidak menyusahkan umatnya.

Oleh yang demikian, bagi orang yang ingin MENGERJAKAN HAJI yang WAJIB ke atasnya, tidaklah perlu menyusahkan dirinya dengan BERHUTANG. Lebih-lebih lagi bagi HAJI yang dikerjakan itu kali kedua atau seterusnya. BERHUTANG kerana tujuan ini adalah DILARANG oleh agama kerana HUTANG itu akan menjadi bebanan dan menyusahkannya sebagaimana yang disebut oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

RENUNGAN: HUTANG WAJIB Dibayar
Ingat, HUTANG WAJIB dibayar tambah-tambah lagi HUTANG kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Jadi..apa dia HUTANG kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala itu ?????

Saturday, October 17, 2009

Mir Valve Open House




Friday, October 9, 2009

HADIR TANPA DIUNDANG : HUKUMNYA

Bil. 12 - HADIR TANPA DIUNDANG : HUKUMNYA


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Mengadakan majlis jamuan dalam bahasa Arab disebut sebagai walimah. Walimah bermaksud setiap hidangan makanan yang diadakan atau disediakan atas sesuatu sebab atau sempena yang menggembirakan. Hukumnya adalah SUNAT kerana menzahirkan rasa syukur atas nikmat Allah yang diperolehi. Manakala mengadakan majlis atau UNDANGAN perkahwinan pula hukumnya SUNAT mu’akkadah kerana perkara ini sabit daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Walaupun perkataan walimah seringkali digunakan dan lebih tersohor penggunaannya untuk majlis perkahwinan, ianya juga boleh digunakan untuk sebarang majlis yang lebih umum. Maka penggunaan perkataan walimah ini lebih umum daripada walimah perkahwinan.

Barangsiapa yang menyediakan makanan, dengan niat menjamu seseorang, bolehlah memilih samada menghantar makanan tersebut ke rumah sesiapa yang ditentukannya atau dia menjemput atau MENGUNDANG tetamu tersebut HADIR untuk menikmati hidangan yang disediakannya di rumahnya.

Di samping itu apabila ingin menjemput atau MENGUNDANG seorang tetamu, SUNAT juga menyertakan UNDANGAN untuk orang-orang yang rapat kepada tetamu tersebut. Bagaimanapun tetamu yang telah dijemput itu janganlah menolak (menghampakan) sesuatu UNDANGAN, sekalipun tuan punya majlis tidak mengizinkan sebahagian daripada sahabat tetamunya itu untuk HADIR bersamanya.

Perlu diingat mana-mana orang yang ingin mengadakan hidangan makanan bagi satu jemaah (kumpulan), maka sesuaikanlah mengikut kadar jumlah mereka. Sekalipun dia tidak mampu menyediakan lebih dari itu, asalkan tidak kurang. Walau bagaimanapun, pembaziran hendaklah dielakkan kerana perbuatan tersebut dilarang oleh agama.

HADIR TANPA DIUNDANG
Istilah asal dalam bahasa Arab mengenai perbuatan HADIR TANPA DIUNDANG disebut sebagai at-tathfil dari perkataan tathafful. Maka Thufaili ialah seorang tetamu yang HADIR TANPA DIUNDANG atau dijemput yang dimansubkan kepada seorang lelaki yang berasal dari Kufah yang seringkali MENGHADIRI majlis-majlis walimah TANPA dijemput.

Imam al-Baijuri Rahimahullah menyatakan adalah HARAM hukumnya MENGHADIRI majlis TANPA DIUNDANG kecuali jika dia tahu tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya redha dengan KEHADIRANNYA.

Jika sesuatu majlis itu dan tetamu yang DIUNDANG bersifat khas, maka wajib tetamu tersebut MENGHADIRI UNDANGAN itu. Maksud tetamu yang bersifat khas di sini ialah tetamu yang telah ditentukan orangnya oleh tuan punya majlis atau wakilnya.


Adapun MENGHADIRI suatu majlis khas TANPA dijemput, maka hukumnya adalah HARAM. Melainkan dia mengetahui tuan punya majlis itu redha dengan KEHADIRANNYA kerana di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra.

Jika suatu majlis itu dan tetamu yang DIUNDANG bersifat umum, maka dalam keadaan ini tidaklah termasuk dalam larangan. Maka tidak HARAM hukumnya dia HADIR ke majlis tersebut walaupun TANPA UNDANGAN khas. Contohnya ialah:-
  • Tuan rumah mengatakan pada seseorang: "Panggillah dan jemputlah sesiapa yang kamu mahu atau sesiapa yang kamu temui”.
  • Tuan rumah atau wakilnya membuka pintu rumahnya dan berkata: "Sesiapa saja boleh masuk dan HADIR ke majlis ini”.

Membawa Individu Lain Yang Tidak Termasuk Dalam UNDANGAN
Menurut Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu‘, antara adab makan dalam sesuatu jamuan, janganlah dia HADIR dengan membawa teman yang tidak dijemput oleh tuan punya majlis. Andainya dia HADIR dengan membawa seseorang bersamanya ke majlis tersebut, maka dia telah melakukan sesuatu yang buruk.

Jika tuan punya majlis telah membuat UNDANGAN bagi satu kumpulan yang telah ditentukan orang-orangnya, tiba-tiba HADIR bersama mereka seorang lain yang tidak dijemput atau ditentukan, maka dalam hal ini dia tetap tidak termasuk dalam senarai tetamu yang DIUNDANG.

Berbeza jika tuan punya majlis mengatakan kepada wakil atau utusannya: "Jemputlah si Polan dan sesiapa yang ada bersamanya”. Maka bolehlah sesiapa yang ada bersama si Polan pada ketika itu HADIR bersamanya.

Secara dasarnya, keizinan dan kebenaran dari tuan punya majlis untuk HADIR adalah sangat penting dan sangat perlu, melainkan dia sudah mengetahui bahawa tuan punya majlis akan redha dengan KEHADIRANNYA.

Perkara ini pernah terjadi pada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sendiri di mana Baginda telah dijemput untuk menikmati hidangan yang telah dimasak. Dalam UNDANGAN tersebut telah ditentukan siapa orangnya dan jumlahnya. Riwayat daripada Abu Mas‘ud al-Anshari, dia menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari golongan Anshar bernama Abu Syu‘aib yang mempunyai seorang pembantu yang menjual daging. Pada suatu hari Abu Syu‘aib memandang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan dia mengetahui dari wajah Baginda bahawa Baginda kelihatan lapar. Maka dia menyuruh pembantunya untuk menyediakan makanan untuk lima orang, kerana dia ingin MENGUNDANG Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sebagai salah seorang dari lima orang tetamu yang DIUNDANGNYA.

Maka pembantunya itu pun melaksanakan perintah itu. Kemudian dia diutus kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam untuk MENGUNDANG Baginda sebagai salah seorang dari lima orang (maksudnya tetamu yang DIUNDANG ada lima orang termasuk Rasulullah sendiri). Akan tetapi telah datang bersama-sama mereka seorang lagi (tidak termasuk antara tetamu yang DIUNDANG) dan ketika sampai di depan pintu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang ini ikut (datang) bersama kami, jadi terserahlah kepadamu, apakah engkau memberinya izin (untuk masuk) atau kalau engkau mahu dia harus pulang”. Abu Syu‘aib menjawab: “Tidak! Bahkan aku memberinya izin wahai Rasulullah!” (HR.Muslim).

Dalam riwayat yang lain daripada Abu Mu‘awiyah, maksudnya: “Telah ikut (datang) bersama-sama kami seorang lelaki. Dia tiada bersama kami pada ketika kamu MENGUNDANG kami” (HR.at-Tirmizi).

Berdasarkan mafhum daripada hadis di atas, Ibnu Hajar al-‘Asqalani menbuat kesimpulan dengan beberapa perkara, iaitu:-
1. Barangsiapa HADIR TANPA DIUNDANG, maka tuan majlis boleh memilih untuk menegahnya. Jika dia masuk TANPA izin, maka tuan majlis boleh mengeluarkannya atau menghalangnya.

2. Berdasarkan perbuatan lelaki yang ikut serta bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dalam hadis di atas, HADIR TANPA DIUNDANG pada asalnya adalah tidak ditegah dan Baginda tidak pula menyuruhnya pulang. Ada kemungkinan dia akan diterima dengan baik dan diizinkan masuk, terpulang kepada kebijaksanaan, kebaikan hati dan budi bicara tuan majlis tersebut.

3. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam meminta izin daripada Abu Syu‘aib kerana membawa seseorang yang tidak dijemput untuk memberi kebaikan pada dirinya. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam sudah mengetahui bahawa Abu Syu‘aib tidak menghalang atau menegah KEHADIRAN lelaki yang TIDAK DIUNDANG itu.

Ini berdasarkan dari hadis riwayat Abu Mu‘awiyah, tentang adanya isyarat atau pertanda bahawa jika lelaki itu berada dalam kumpulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam ketika kumpulan itu DIUNDANG, maka tidak perlu lagi meminta izin kerana sudah pasti dia akan DIUNDANG sama.

Sekiranya tetamu datang dengan membawa orang lain yang tidak dijemput, lalu tetamu tersebut pun meminta izin untuknya, maka sebaiknya izinkanlah orang yang tidak dijemput itu masuk sepertimana yang telah dilakukan oleh Abu Syu‘aib kerana itu adalah sebahagian dari makarim al-akhlak (akhlak yang terpuji).

Dilarang mengikut tetamu lain ke suatu majlis melainkan dia tahu tuan punya majlis redha dengan KEHADIRANNYA.

KEHADIRAN seseorang TANPA keizinan, kebenaran atau pengetahuan tuan punya majlis, maka makanan yang dimakan oleh tetamu yang tidak DIUNDANG itu umpama memakan sesuatu yang HARAM. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Barangsiapa DIUNDANG, lalu dia tidak memenuhi UNDANGAN itu, sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa masuk (ke majlis) TANPA DIUNDANG, maka dia masuk sebagai pencuri dan dia keluar sebagai perampas harta orang” (HR.al-Baihaqi).

Enggan Menerima Individu Lain Sebagai Tetamu
Telah diriwayatkan dalam hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang daripada jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam adalah seorang bangsa Parsi yang pandai memasak. Maka pada suatu hari dia menyediakan suatu masakan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan kemudiannya dia datang untuk MENGUNDANG Baginda menikmati masakan tersebut. Kebetulan isteri Baginda, ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, berada bersama-sama Baginda pada ketika itu.

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pun bertanya: "Dan dia ini?” (Baginda menunjuk kepada ‘Aisyah).
Orang itu menjawab: "Tidak!”
Baginda pun bersabda: "Tidak!”.
Lalu orang (jiran) itu pun mengulangi UNDANGANNYA.
Baginda masih bertanya: "Dan dia ini?”.
Orang (jiran) itu menjawab: “Tidak!”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pun bersabda: "Tidak!” (Ertinya Baginda tidak mahu memenuhi UNDANGAN itu kalau ‘Aisyah tidak DIUNDANG bersama). Sekali lagi dia mengulangi UNDANGANNYA dan Baginda bertanya lagi: "Dan dia ini?”.
Maka pada kali yang ketiga orang (jiran) itu pun menjawab: “Ya!”.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan ‘Aisyah pun berdiri dan segera mengikut orang itu sehingga mereka berdua sampai ke rumahnya” (HR.Muslim).

Adapun mafhum dari hadis di atas, antara sebab jiran Rasulullah itu enggan mengizinkan ‘Aisyah HADIR kerana berkemungkinan dia telah menyediakan makanan yang cukup untuk seorang sahaja iaitu untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Sekiranya dia mengizinkan ‘Aisyah HADIR, dia khuatir makanan itu tidak akan mencukupi untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

Enggan HADIR Melainkan Membawa Teman
Keengganan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam MENGHADIRI UNDANGAN jiran Baginda tidak menunjukkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menolak terus dari MENGHADIRINYA.

Berkemungkinan Baginda enggan datang sendirian dan meminta ‘Aisyah dibawa bersama kerana:-
1. Perbuatan atau UNDANGAN jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam berbeza dengan perbuatan pembantu Abu Syu‘aib, kerana pembantunya telah
menjemput Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam berserta orang-orang yang rapat dengan Baginda. Manakala jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam
hanya menjemput Baginda seorang sahaja sedangkan ‘Aisyah ada bersama Baginda pada ketika itu. Oleh kerana itu Baginda enggan memenuhi UNDANGAN
tersebut melainkan ‘Aisyah turut sama DIUNDANG.
2. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengetahui bahawa ‘Aisyah ingin untuk menikmati hidangan tersebut.
3. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam suka kalau ‘Aisyah menemani Baginda makan makanan tersebut.

Kesimpulan
Apabila membuat UNDANGAN sebaiknya pastikanlah dengan jelas tetamu yang akan dijemput samada berbentuk khusus atau umum, agar tidak timbul keraguan di hati mereka untuk MENGHADIRINYA.

Manakala dari pihak yang DIUNDANG (tetamu), memenuhi UNDANGAN dan MENGHADIRINYA akan menerbitkan rasa gembira di hati orang yang menjemput tersebut, di samping mengeratkan dan menyuburkan lagi silaturrahim sesama tetamu yang lainnya.

Oleh kerana itu MENGHADIRI walimah adalah WAJIB kecuali atas sesuatu sebab atau keuzuran, samada dia dijemput ke majlis itu oleh tuan punya majlis itu sendiri, atau melalui wakilnya yang dipercayai, atau melalui utusan seorang yang mumayyiz yang tidak diragui kejujurannya (tidak mungkin berbohong).

MENGHADIRI walimah TANPA DIUNDANG pula boleh mengakibatkan ketidak-selesaan, perasaan serba salah dan mungkin juga kesusahan kepada tuan punya majlis terutamanya mengenai persediaan yang telah dibuat. Sebagai contoh, orang yang MENGUNDANG hanya mampu menyediakan jemputan bagi 10 orang sedangkan yang HADIR melebihi daripada had yang telah ditentukan. Perkara sedemikian ini boleh mengakibatkan ketidak-selesaan kepada yang MENGUNDANG. Walau bagaimanapun bagi orang yang MENGUNDANG adalah lebih elok menerima sahaja tetamu yang TIDAK DIUNDANG itu kerana ia adalah sebahagian dari makarim al-akhlak (akhlak yang terpuji). Maka adalah menjadi ingatan bahawa perilaku HADIR TANPA DIUNDANG digambarkan sebagai sesuatu yang buruk dan perlu dihindari. Oleh itu, perbuatan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya, jangan sampai ianya dipandang ringan, sambil lewa serta kurang penting.

RENUNGAN: MENGHADIRI UNDANGAN
mengadakan majlis atau UNDANGAN hukumnya....SUNAT
MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN bila DIUNDANG hukumnya....WAJIB
MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN TANPA DIUNDANG hukumnya....HARAM
tidak MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN bila DIUNDANG hukumnya....DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
semua ini cuma utk makanan zahir manusia.....!!!!!

APA PULA HUKUMNYA TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ATAU UNDANGAN ALLAH TAALA KETIKA MASUKNYA WAKTU SOLAT (AZAN) UNTUK MAKANAN BATIN MANUSIA ????????????

PEREMPUAN BERGINCU : Adakah Dilarang?

Bil. 11 - PEREMPUAN BERGINCU : Adakah Dilarang?


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Kecantikan sering dikaitkan dengan kaum PEREMPUAN. Ini kerana sifat semulajadi mereka yang suka kelihatan cantik sehingga ada sesetengah mereka yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan rawatan kecantikan seperti perawatan wajah, perawatan tubuh badan dan seumpamanya. Tidak kurang pula yang sanggup membeli barangan kosmetik yang nilainya mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit demi untuk memastikan dirinya kelihatan cantik. Sementara yang tidak mampu akan berbelanja seadanya. Semua ini dilakukan semata-mata untuk berpenampilan cantik serta sedap dipandang mata.

Hukum Berhias Bagi Kaum PEREMPUAN
Islam MENGHARUSKAN kaum PEREMPUAN berhias bagi meraikan fitrah manusia. Sebagai contoh, Islam MENGHARUSKAN PEREMPUAN berhias memakai sutera dan emas asalkan tidak berlebihan dan bukan untuk bermegah-megah atau selama mana ianya tidak bertentangan dengan syarak seperti berhias sehingga mendatangkan fitnah atau menimbulkan keghairahan lelaki.

Berhias Dengan Mengoles GINCU Di Bibir
Salah satu barangan kecantikan kaum PEREMPUAN pada zaman ini adalah GINCU atau lipstik. Ianya adalah bahan yang digunakan untuk mewarnai bibir agar bibir tidak pucat dan kelihatan segar. Maka timbul persoalan mengenai hukum BERGINCU. Apakah hukum bagi PEREMPUAN yang sudah berkahwin dan PEREMPUAN bujang atau yang tidak bersuami memakai GINCU atau lipstik?

Perlu diingat bahawa hukum BERGINCU atau memakai lipstik boleh dikaitkan dengan hukum berinai dan berhias bagi PEREMPUAN yang tidak berihram.

i. Hukum BERGINCU Bagi PEREMPUAN Bersuami
Dalam kitab al-Majmu‘, Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: "Jika seorang PEREMPUAN itu mempunyai suami, DISUNATKAN baginya berinai pada semua masa, kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan, dan dia (PEREMPUAN yang bersuami) DISUNATKAN berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa”.

Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang PEREMPUAN bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah SUNAT.

ii. Hukum BERGINCU Bagi PEREMPUAN Yang Tidak Mempunyai Suami
Adapun bagi PEREMPUAN bujang atau yang tidak bersuami adalah MAKRUH berinai kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah: "Jika seorang PEREMPUAN itu tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah MAKRUH baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain dengan sebab dia berinai itu”.

Mengambil kira KEHARUSAN berinai dan berhias sebagaimana yang telah dijelaskan, maka tidaklah dilarang PEREMPUAN bersuami memakai GINCU bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya, selama mana GINCU itu sendiri suci yakni bukan dari benda najis atau bercampur dengan bahan najis. Adapun PEREMPUAN yang bujang atau yang tidak bersuami adalah MAKRUH memakai GINCU kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah.

Tetapi hukum MAKRUH akan bertukar menjadi HARAM bagi PEREMPUAN bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan BERGINCU itu boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi PEREMPUAN yang bersuami jika memakai GINCU tanpa keizinan suami, hukumnya adalah HARAM.

PEREMPUAN Berhias Sehingga Menarik Perhatian Lelaki
Islam melarang kaum PEREMPUAN melakukan apa jua perkara yang boleh menarik perhatian atau menimbulkan keghairahan kaum lelaki seperti berhias dengan berlebihan, memakai wangi-wangian di hadapan lelaki asing, memakai pakaian yang kurang sopan dan memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Di dalam al-Qur’an, banyak disebutkan mengenai dengan larangan PEREMPUAN berhias sehingga menarik perhatian lelaki asing dan menimbulkan keghairahan mereka. Antaranya:

i. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:



Tafsirnya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zhahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” (Surah an-Nuur:31).

Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan kaum PEREMPUAN supaya tidak melihatkan perhiasan mereka kepada orang lain kecuali kepada mahramnya. Terkecuali larangan tersebut pada perhiasan yang bukan pada anggota aurat iaitu pada wajah dan kedua tapak tangan. ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha menceritakan tentang kejadian di mana saudaranya Asma binti Abi Bakar Radhiallahu ‘anha pergi menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam memalingkan wajahnya, lantas Baginda bersabda:

Maksudnya: "Wahai Asma’, sesungguhnya apabila seorang PEREMPUAN sudah haidh (baligh), tidak elok untuk dilihat daripadanya kecuali ini dan ini”. Dan Baginda Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengisyaratkan kepada wajahnya dan kedua tapak tangannya" (HR.Abu Daud).

ii. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:



Tafsirnya: "Dan jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka” (Surah an-Nur:31).

Ayat di atas jelas menunjukkan larangan menghentakkan kaki apabila berjalan dengan tujuan memperdengarkan bunyi gelang kakinya. PEREMPUAN yang melakukan sedemikian dengan tujuan bermegah-megah dan mempamerkan kepada kaum lelaki, maka hukumnya HARAM dan tercela.

Ibnu ‘Abbas dan Qatadah Rahimahumallah mengatakan bahawa larangan tersebut adalah disebabkan kaum PEREMPUAN pada ketika itu apabila melintasi orang, mereka akan menghentakkan kaki supaya didengar bunyi perhiasan kaki itu. Dan telah maklum bahawa lelaki yang mudah terangsang dengan PEREMPUAN, apabila mendengar bunyi perhiasan itu, akan membuatnya semakin ingin untuk melihat PEREMPUAN tersebut. Maka berdasarkan ini, dilaranglah kaum PEREMPUAN melakukan perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki sama ada untuk diketahui perhiasannya yang terdiri dari barang-barang kemas ataupun untuk tujuan yang lain.

Penutup
Keinginan naluri PEREMPUAN untuk berhias agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata tidak pernah dihalang oleh Islam kerana ianya adalah agama yang selaras dengan fitrah manusia. Namun ini tidaklah bermakna seorang PEREMPUAN itu boleh berhias diri mengikut seleranya dengan mengenepikan apa yang telah dibataskan dan ditetapkan oleh syarak.

Bagi PEREMPUAN bersuami, Islam telah menetapkan supaya kecantikannya hanyalah dipamerkan untuk seorang lelaki yang menjadi pasangan hidupnya iaitu suami. Hikmah DIHARUSKAN bagi PEREMPUAN bersuami berhias adalah supaya dia sentiasa nampak menarik di mata suaminya dan sekaligus sebagai salah satu luahan perasaan daripada isteri itu bahawa dia menyayangi suaminya. Dengan demikian, ia akan lebih mengerat dan mengekalkan hubungan kasih sayang di antara suami isteri itu. Hubungan kasih sayang inilah antara matlamat syarak dalam hidup berumah tangga. Oleh itu, seorang PEREMPUAN yang betul-betul memahami matlamat tersebut akan berhias untuk suaminya ketika berada di rumah, dan bukannya berhias apabila hendak keluar dari rumah.

Batasan berhias yang ditetapkan oleh syarak bukanlah sebagai satu penyekatan, tetapi sebagai pemelihara diri dan kemurnian akhlak seperti mengelak diri dari fitnah atau gangguan lelaki asing, menjauhkan diri dari sifat berlebih-lebihan atau bermegah-megahan dan sebagainya.

Thursday, October 1, 2009

Puasa Sunat Enam.....

PUASA SUNAT ENAM - JANGAN BIARKAN BERLALU !!!


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan, akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa setiap individu selain menambahkan lagi ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila Ramadhan berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus ditekuni setelah berlalunya bulan Ramadhan ialah PUASA SUNAT. PUASA SUNAT masih terus dikerjakan oleh para Solehin di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah BERPUASA di bulan Ramadhan.

Kita tahu bulan Ramadhan merupakan bulan mudah untuk mengaut pahala kerana setiap amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang dengan penuh keikhlasan di bulan ini dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan pahala yang berlipat kali ganda. Walau bagaimanapun pahala yang banyak di bulan Ramadhan tidaklah terputus begitu sahaja dengan berlalunya bulan Ramadhan. Seseorang yang menekuni bulan Ramadhan dengan BERPUASA penuh satu bulan akan dapat melanjutkan meraih keuntungan pahala apabila dia melaksanakan PUASA SUNAT di bulan Syawal.

Memandangkan kita berada dalam bulan Syawal, maka antara PUASA SUNAT yang khusus dikerjakan di bulan ini ialah PUASA SUNAT ENAM. Bagi mereka yang mempunyai kebiasaan BERPUASA SUNAT ENAM, ia bukan suatu perkara baru. Oleh yang demikian, jangan ada yang terlepas tanpa mengerjakan PUASA SUNAT ENAM pada Syawal kali ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia datang sekali sahaja dalam setahun.

Dengan kata lain, bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan. Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita. Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan SUNAT seperti Sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan SUNAT yang menjadi rebutan para solehin di bulan Syawal ini ialah amalan PUASA SUNAT ENAM. Apakah dia PUASA SUNAT ENAM itu?

Definisi PUASA SUNAT ENAM
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal ialah PUASA SUNAT yang dikerjakan sebanyak ENAM hari di bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah setelah selesai menjalankan kewajipan ibadah PUASA di bulan Ramadhan. Ianya SUNAT dan lebih AFDHAL dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal. Bagaimanapun para ulamak berbeza pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan PUASA SUNAT ENAM ini. Secara ringkas dijelaskan pendapat tersebut seperti berikut:

1. Sebahagian besar ulamak berpendapat PUASA SUNAT ENAM dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai Hari Raya kedua dan
seterusnya.
2. Sebahagian ulamak muta’akhirin pula berpendapat PUASA SUNAT ENAM itu HARUS dikerjakan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli
atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Samada pada minggu pertama, kedua, ketiga atau minggu terakhir bulan Syawal.

Bagaimanapun mengerjakan PUASA SUNAT ENAM berturut-turut selepas Hari Raya iaitu mulai hari raya kedua adalah lebih AFDHAL kerana menyegerakan melaksanakan ibadat.

Orang-Orang Yang Dituntut Mengerjakan PUASA SUNAT ENAM
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal SUNAT dikerjakan bagi orang yang telah BERPUASA penuh bulan Ramadhan. Begitu juga bagi orang yang TIDAK BERPUASA penuh Ramadhan kerana sebab-sebab yang DIHARUSKAN oleh syarak. Maksud sebab-sebab yang DIHARUSKAN oleh syarak ialah seperti orang perempuan yang haidh atau nifas, orang sakit atau orang musafir.

Bolehkah Orang Yang Meninggalkan PUASA Ramadhan Melakukan PUASA SUNAT ENAM?
Apabila disebut mengenai PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal dan kaitannya dengan BERPUASA sebulan penuh di bulan Ramadhan, timbul persoalan, adakah mereka yang TIDAK melaksanakan PUASA penuh di bulan Ramadhan sama ada kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak atau tidak juga DIHARUSKAN BERPUASA SUNAT ENAM ?

Mereka yang meninggalkan PUASA sama ada kerana keuzuran yang DIHARUSKAN syarak atau tidak, WAJIB mengqadha PUASA yang ditinggalkannya. Oleh itu, bagi orang yang TIDAK BERPUASA sebulan penuh Ramadhan dan ingin melakukan PUASA SUNAT ENAM hendaklah terlebih dahulu melihat sebab-sebab dia meninggalkan PUASA tersebut. Penjelasannya seperti berikut:

i. Orang Yang Meninggalkannya Dengan Sengaja
Orang yang meninggalkan PUASA Ramadhan dengan sengaja tanpa keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, WAJIB menyegerakan qadha PUASA yang ditinggalkan itu dan HARAM baginya melakukan PUASA-PUASA SUNAT termasuklah PUASA SUNAT ENAM kecuali setelah dia selesai mengqadha PUASANYA, kerana PUASA Ramadhan yang ditinggalkan dengan sengaja WAJIB diqadha dengan segera. Adapun menyegerakan mengqadha PUASA adalah satu amalan dan langkah yang terpuji, malahan dituntut oleh agama sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firmanNya yang tafsirnya: "Maka WAJIBLAH dia BERPUASA sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain" (Surah Al-Baqarah:184).

Sesiapa yang mahu menyegerakan qadha PUASA tersebut di bulan Syawal, maka qadha itu boleh dilakukan bermula pada hari raya kedua (2hb. Syawal) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang DIHARAMKAN BERPUASA seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada Hari-Hari Tasyriq dan sebagainya dan ia WAJIB disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

Kewajipan mengqadha PUASA itu tidak kira sama ada PUASA itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka TIDAK DIWAJIBKAN mengqadha PUASA yang ditinggalkan itu tetapi WAJIB membayar fidyah sebagai ganti PUASA yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tafsirnya: "Dan WAJIB atas orang-orang yang tidak berdaya BERPUASA (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" (Surah Al-Baqarah:184).

ii. Orang Yang Meninggalkan PUASA Disebabkan Keuzuran Yang DIHARUSKAN Oleh Syarak
Bagi orang yang TIDAK BERPUASA Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit adalah DISUNATKAN BERPUASA SUNAT ENAM sekalipun mereka masih mempunyai qadha. Walau bagaimanapun ganjaran pahala PUASA SUNAT ENAM bagi orang yang TIDAK BERPUASA penuh bulan Ramadhan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan PUASA SUNAT ENAM selepas mengerjakan PUASA Ramadhan sebulan penuh.

Manakala bagi orang yang luput keseluruhan PUASA Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, jika dia mengerjakan PUASA qadhanya pada bulan Syawal, DISUNATKAN (mustahab) ke atasnya mengqadha PUASA SUNAT ENAM itu dalam bulan Zulkaedah. Walau bagaimanapun, menurut ulamak dia juga mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam iaitu orang yang BERPUASA Ramadan dan diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM pada bulan Syawal diibaratkan BERPUASA selama satu tahun.

Cara BERPUASA SUNAT ENAM Bagi Orang Yang TIDAK BERPUASA Ramadhan Sebulan Penuh Kerana Uzur Syar‘ie
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan oleh orang yang TIDAK BERPUASA Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak dan tidak mahu terlepas peluang untuk melaksanakan PUASA SUNAT ENAM, iaitu seperti berikut:

i. PUASA Qadha Sebelum PUASA SUNAT ENAM
Melunaskan dahulu qadha PUASA Ramadhan di bulan Syawal dan setelah selesai barulah melaksanakan PUASA SUNAT ENAM.

ii. PUASA SUNAT ENAM Sebelum PUASA Qadha
Atau mendahulukan PUASA SUNAT ENAM hari di bulan Syawal dan seterusnya melaksanakan qadha PUASA sama ada di bulan Syawal atau pada
bulan-bulan yang lain sebelum tibanya Ramadhan akan datang.

Perkara ini dihukumkan MAKRUH kerana melambatkan qadha PUASA Ramadhan. Walau bagaimanapun diberi pahala SUNAT kerana PUASA SUNAT ENAM yang dilakukannya.

iii. Menyatukan Niat PUASA Qadha Dan PUASA SUNAT ENAM
Bagi orang yang meninggalkan PUASA Ramadhan yang disebabkan oleh keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, jika dia hendak melakukan qadha PUASA Ramadhan itu pada bulan Syawal, ia boleh dilakukan sekaligus dengan PUASA SUNAT ENAM. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya, iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran PUASA qadha dan ganjaran PUASA SUNAT). HARUS berniat bagi kedua-dua PUASA iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT dengan tujuan bagi melaksanakan kedua-dua tuntutan itu. Dengan demikian terlaksanalah PUASA qadha dan mendapat ganjaran SUNAT kerana BERPUASA SUNAT ENAM.

Sebagai contoh seseorang itu boleh berniat: "Sahaja aku PUASA esok hari mengqadha PUASA Ramadhan dan PUASA SUNAT ENAM bulan Syawal kerana Allah Ta‘ala”.

Akan tetapi jika dia berniat hanya bagi PUASA qadha atau bagi PUASA SUNAT ENAM sahaja, maka yang terlaksana adalah PUASA yang diniatkannya itu. Mengenai orang yang berniat PUASA WAJIB bersama PUASA SUNAT ini ada disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjawab mengenai dengan seseorang yang berniat PUASA SUNAT Hari ‘Arafah atau PUASA-PUASA SUNAT yang lain seumpamanya dengan PUASA FARDHU seperti qadha Ramadhan atau PUASA nazar atau PUASA kaffarah:



Ertinya: "Jika diniatkan keduanya (PUASA SUNAT dan PUASA WAJIB) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya” (Al-Fatwa Al-Kubra:2/75).

Dengan kata lain, dalam menunaikan PUASA tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT seperti PUASA Hari Arafah atau PUASA-PUASA SUNAT yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi PUASA SUNAT dan PUASA WAJIB tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi PUASA SUNAT sahaja atau PUASA WAJIB sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi PUASA yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara PUASA WAJIB dan PUASA SUNAT itu.

PUASA SUNAT Dan Jemputan Makan
Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil Fitri khususnya dan sepanjang bulan Syawal amnya sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house". Bagi mereka yang sedang BERPUASA SUNAT ENAM, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan BERPUASA SUNAT itu untuk TIDAK menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk TIDAK BERPUASA SUNAT ENAM.

Dengan kata lain, sesetengah individu merasakan untuk mengqadha PUASA Ramadhan apatah lagi untuk BERPUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Ini kerana seperti yang kita semua maklumi, khususnya pada musim Hari Raya Aidilfitri, bagi kita orang Malaysia, amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di samping itu 'open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan di hari raya ini. Kadang-kadang sebagai tetamu, sesetengah undangan 'open house’ ini sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang BERPUASA itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuatnya pada siang hari.

Namun perlu juga diingat bahawa BERPUASA itu bukanlah tiket serta alasan sebagai penghalang untuk TIDAK menghadiri jemputan. Ini kerana Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang BERPUASA. Begitu juga sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan bermakna sebagai alasan untuk TIDAK BERPUASA. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi. Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang BERPUASA, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak BERPUASA, maka makanlah” (HR.Imam Muslim).

Akan tetapi jika PUASA yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah PUASA SUNAT, maka dalam keadaan tertentu dia diberikan pilihan sama ada untuk meneruskan PUASANYA ataupun DISUNATKAN baginya berbuka dan TIDAK meneruskan PUASA SUNAT tersebut. Keadaannya adalah seperti berikut:

Keadaan yang Pertama:
Sekiranya tuan rumah yang menjemputnya itu merasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini adalah dibolehkan, bahkan adalah AFDHAL bagi tetamu yang BERPUASA SUNAT tadi untuk berbuka dan TIDAK meneruskan PUASA SUNATNYA itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulamak ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk khusus seperti tuan rumah hanya menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika mengundang tetamu-tetamu tadi.

Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini ialah satu riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang yang sedang BERPUASA SUNAT supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, sabda Baginda:



Maksudnya: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan BERPUASALAH pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu” (HR.al-Baihaqi).

Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang BERPUASA SUNAT, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang BERPUASA itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih AFDHAL bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:



Maksudnya: "Aku (Ummu Hani’) telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku".
Baginda bersabda: "Apakah ia (dosamu itu)?".
Katanya (Ummu Hani’): "Aku ini BERPUASA, dan aku berbuka".
Baginda bersabda: "Adakah PUASA qadha yang engkau kerjakan itu?".
(Ummu Hani’) berkata: "Bukan".
Baginda bersabda: "(Berbuka PUASA SUNAT itu) tidak memberi mudharat kepadamu" (HR.Imam at-Tirmidzi).

Keadaan yang Kedua:
Sekiranya tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia itu meneruskan PUASANYA, maka dalam hal ini adalah lebih AFDHAL dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja PUASA SUNAT tersebut. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala PUASA yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka PUASANYA tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, TIDAK meneruskan PUASA SUNAT tanpa keuzuran adalah MAKRUH di sisi hukum syarak berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad, Ayat 33:




Tafsirnya: "Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!” (Surah Muhammad:33).

Akan tetapi hukumnya adalah berbeza jika PUASA yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan PUASA FARDHU misalnya PUASA qadha Ramadhan atau PUASA nazar, maka adalah HARAM baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan DISUNATKAN juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.

Hukum Menqadha PUASA SUNAT
Orang yang sedang BERPUASA SUNAT adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan PUASANYA ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:



Maksudnya: "Orang yang sedang BERPUASA SUNAT itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia BERPUASA dan jika dia mahu dia berbuka” (HR.Imam Ahmad).

Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang TIDAK meneruskan PUASA SUNAT samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka TIDAKLAH WAJIB ke atasnya menqadha PUASANYA itu bahkan hukumnya adalah SUNAT. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah WAJIB, maka sudah pasti hukum TIDAK meneruskannya (PUASA SUNAT) adalah HARAM. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:



Maksudnya: "Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang BERPUASA".
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu".
Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan BERPUASALAH pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu" (HR.Imam al-Baihaqi).

Fadhilat PUASA SUNAT ENAM
Seperti juga halnya dengan PUASA-PUASA SUNAT yang lain, BERPUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal juga mempunyai fadhilat tertentu jika dilaksanakan setelah BERPUASA di bulan Ramadhan. PUASA SUNAT ENAM ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Barangsiapa yang BERPUASA pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM hari pada bulan Syawal, (PUASANYA di bulan Ramadhan dan ENAM hari di bulan Syawal itu) seperti PUASA sepanjang tahun” (HR.Muslim).

Dalam hadis tersebut dijelaskan mengenai ganjaran melaksanakan PUASA Ramadhan diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM hari di bulan Syawal adalah seperti BERPUASA sepanjang tahun. Disebutkan bahawa seseorang yang melakukan satu kebaikan ganjarannya adalah sebanyak sepuluh pahala. Sebagaimana juga mereka mengatakan: "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran". Maka mengerjakan PUASA SUNAT sebanyak ENAM hari di bulan Syawal di samping mengerjakan PUASA FARDHU di bulan Ramadhan diibaratkan seperti BERPUASA sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu juga dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan BERPUASA di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan BERPUASA dan PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan BERPUASA. Maka dengan itu genaplah ia setahun atau dua belas bulan.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Tsauban Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "BERPUASA sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan BERPUASA dan BERPUASA SUNAT ENAM hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan BERPUASA, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun” (HR.ad-Darimi).

Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari PUASA FARDHU. Jadi, pahala mengerjakan PUASA bulan Ramadhan dan PUASA SUNAT ENAM adalah sama dengan pahala mengerjakan PUASA FARDHU sebanyak setahun.

Penutup
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal merupakan kesinambungan ibadah PUASA yang dilakukan di bulan Ramadhan. Tentunya amatlah besar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi sesiapa yang melaksanakannya dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan. Rebutlah peluang ini dan jangan kita biarkan bulan Syawal berlalu tanpa melakukan PUASA SUNAT ENAM.

Oleh yang demikian, ambillah peluang ini dengan sebaiknya untuk mengerjakan PUASA SUNAT ENAM yang besar kelebihan-kelebihannya dan hanya akan diperolehi sekali sahaja dalam setahun iaitu dalam bulan Syawal. Usahakan agar jangan ia terlepas tanpa dikerjakan. Rintangan atau dugaan untuk melaksanakannya seperti majlis jamuan makan, janganlah dijadikan alasan untuk meninggalkan sama sekali PUASA SUNAT ENAM. Sebaiknya biarlah bijak mengurus masa kerana syarak juga MENGHARUSKAN PUASA SUNAT ENAM itu dikerjakan secara berselang-seli sepanjang bulan Syawal. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan PUASA SUNAT ENAM itu bukan dalam suasana hari raya.

RENUNGAN: PUASA Ramadhan vs. PUASA SUNAT ENAM
Dipetik kembali maksud hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam: "BERPUASA sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan BERPUASA dan BERPUASA SUNAT ENAM hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan BERPUASA, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun” (HR.ad-Darimi).

Jenis PUASA Ganjaran
PUASA Ramadhan 30 Hari x 10 = 300 Hari = 10 Bulan
PUASA SUNAT ENAM 6 Hari x 10 = 60 Hari = 2 Bulan
(PUASA Ramadhan + PUASA SUNAT ENAM) (30+6) Hari x 10 = 360 Hari = 12 Bulan @ Setahun

Adapun kejadian tubuh manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi serta berkait rapat dengan segala macam ibadat dalam Islam termasuklah PUASA. Maka eloklah diberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia. Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang mendirikan tubuhnya yang mana menyamai juga dengan 360 darjah pada bulatan bumi.

Telah diketahui akan ganjaran PUASA Ramadhan yang diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM adalah bersamaan dengan BERPUASA sepanjang tahun yakni 360 Hari. Maknanya 1 hari PUASA mewakili 1 tulang yang akan mendirikan tubuh manusia. Maka 360 hari PUASA itu mewakili 360 tulang yang mendirikan tubuh manusia yang lengkap sempurna sebagaimana kita kini. Jika hanya 300 tulang sahaja yang ada, tentu kita tidak akan dapat berada didunia ini (tidak zahir). Sebab itu PUASA SUNAT ENAM amat besar ganjarannya bagi yang ketahui.

Adapun PUASA Ramadhan itu untuk menyucikan NYAWA (yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS), HATI, AKAL, PENGLIHATAN, KATA-KATA dan PENDENGARAN kita, maka PUASA SUNAT ENAM pula ialah untuk menyucikan TUBUH kita yakni bekas tempat untuk meletak ENAM perkara iaitu:
1. NYAWA (yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS)
2. HATI
3. AKAL
4. PENGLIHATAN
5. KATA-KATA dan
6. PENDENGARAN

Sebab itu PUASA Ramadhan ada nilai disisi Allah Ta'ala (WAJIB dikerjakan) kerana ia adalah Hak Allah semata-mata yang akan dikembalikan kepadaNya kelak. Sebagaimana yang disabda oleh baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya: "Allah Subhanahu Wataala berfirman: "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan PUASA (yakni PUASA Ramadhan), maka sesungguhnya PUASA itu adalah untukKu (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang BERPUASA" (HR.Bukhari).

Sementara PUASA SUNAT ENAM pula ada nilai disisi Muhammad kerana ia adalah Hak Muhammad (SUNAT dikerjakan). Dengan kata lain, PUASA Ramadhan adalah berkaitan penyucian urusan batin (NYAWA yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS), HATI, AKAL, PENGLIHATAN, KATA-KATA dan PENDENGARAN) dan PUASA SUNAT ENAM adalah berkaitan penyucian urusan zahir (TUBUH).

MAKA SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN PUASA SUNAT ENAM ?????