Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Friday, October 9, 2009

HADIR TANPA DIUNDANG : HUKUMNYA

Bil. 12 - HADIR TANPA DIUNDANG : HUKUMNYA


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Mengadakan majlis jamuan dalam bahasa Arab disebut sebagai walimah. Walimah bermaksud setiap hidangan makanan yang diadakan atau disediakan atas sesuatu sebab atau sempena yang menggembirakan. Hukumnya adalah SUNAT kerana menzahirkan rasa syukur atas nikmat Allah yang diperolehi. Manakala mengadakan majlis atau UNDANGAN perkahwinan pula hukumnya SUNAT mu’akkadah kerana perkara ini sabit daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Walaupun perkataan walimah seringkali digunakan dan lebih tersohor penggunaannya untuk majlis perkahwinan, ianya juga boleh digunakan untuk sebarang majlis yang lebih umum. Maka penggunaan perkataan walimah ini lebih umum daripada walimah perkahwinan.

Barangsiapa yang menyediakan makanan, dengan niat menjamu seseorang, bolehlah memilih samada menghantar makanan tersebut ke rumah sesiapa yang ditentukannya atau dia menjemput atau MENGUNDANG tetamu tersebut HADIR untuk menikmati hidangan yang disediakannya di rumahnya.

Di samping itu apabila ingin menjemput atau MENGUNDANG seorang tetamu, SUNAT juga menyertakan UNDANGAN untuk orang-orang yang rapat kepada tetamu tersebut. Bagaimanapun tetamu yang telah dijemput itu janganlah menolak (menghampakan) sesuatu UNDANGAN, sekalipun tuan punya majlis tidak mengizinkan sebahagian daripada sahabat tetamunya itu untuk HADIR bersamanya.

Perlu diingat mana-mana orang yang ingin mengadakan hidangan makanan bagi satu jemaah (kumpulan), maka sesuaikanlah mengikut kadar jumlah mereka. Sekalipun dia tidak mampu menyediakan lebih dari itu, asalkan tidak kurang. Walau bagaimanapun, pembaziran hendaklah dielakkan kerana perbuatan tersebut dilarang oleh agama.

HADIR TANPA DIUNDANG
Istilah asal dalam bahasa Arab mengenai perbuatan HADIR TANPA DIUNDANG disebut sebagai at-tathfil dari perkataan tathafful. Maka Thufaili ialah seorang tetamu yang HADIR TANPA DIUNDANG atau dijemput yang dimansubkan kepada seorang lelaki yang berasal dari Kufah yang seringkali MENGHADIRI majlis-majlis walimah TANPA dijemput.

Imam al-Baijuri Rahimahullah menyatakan adalah HARAM hukumnya MENGHADIRI majlis TANPA DIUNDANG kecuali jika dia tahu tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya redha dengan KEHADIRANNYA.

Jika sesuatu majlis itu dan tetamu yang DIUNDANG bersifat khas, maka wajib tetamu tersebut MENGHADIRI UNDANGAN itu. Maksud tetamu yang bersifat khas di sini ialah tetamu yang telah ditentukan orangnya oleh tuan punya majlis atau wakilnya.


Adapun MENGHADIRI suatu majlis khas TANPA dijemput, maka hukumnya adalah HARAM. Melainkan dia mengetahui tuan punya majlis itu redha dengan KEHADIRANNYA kerana di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra.

Jika suatu majlis itu dan tetamu yang DIUNDANG bersifat umum, maka dalam keadaan ini tidaklah termasuk dalam larangan. Maka tidak HARAM hukumnya dia HADIR ke majlis tersebut walaupun TANPA UNDANGAN khas. Contohnya ialah:-
  • Tuan rumah mengatakan pada seseorang: "Panggillah dan jemputlah sesiapa yang kamu mahu atau sesiapa yang kamu temui”.
  • Tuan rumah atau wakilnya membuka pintu rumahnya dan berkata: "Sesiapa saja boleh masuk dan HADIR ke majlis ini”.

Membawa Individu Lain Yang Tidak Termasuk Dalam UNDANGAN
Menurut Imam an-Nawawi dalam Kitab al-Majmu‘, antara adab makan dalam sesuatu jamuan, janganlah dia HADIR dengan membawa teman yang tidak dijemput oleh tuan punya majlis. Andainya dia HADIR dengan membawa seseorang bersamanya ke majlis tersebut, maka dia telah melakukan sesuatu yang buruk.

Jika tuan punya majlis telah membuat UNDANGAN bagi satu kumpulan yang telah ditentukan orang-orangnya, tiba-tiba HADIR bersama mereka seorang lain yang tidak dijemput atau ditentukan, maka dalam hal ini dia tetap tidak termasuk dalam senarai tetamu yang DIUNDANG.

Berbeza jika tuan punya majlis mengatakan kepada wakil atau utusannya: "Jemputlah si Polan dan sesiapa yang ada bersamanya”. Maka bolehlah sesiapa yang ada bersama si Polan pada ketika itu HADIR bersamanya.

Secara dasarnya, keizinan dan kebenaran dari tuan punya majlis untuk HADIR adalah sangat penting dan sangat perlu, melainkan dia sudah mengetahui bahawa tuan punya majlis akan redha dengan KEHADIRANNYA.

Perkara ini pernah terjadi pada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sendiri di mana Baginda telah dijemput untuk menikmati hidangan yang telah dimasak. Dalam UNDANGAN tersebut telah ditentukan siapa orangnya dan jumlahnya. Riwayat daripada Abu Mas‘ud al-Anshari, dia menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari golongan Anshar bernama Abu Syu‘aib yang mempunyai seorang pembantu yang menjual daging. Pada suatu hari Abu Syu‘aib memandang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan dia mengetahui dari wajah Baginda bahawa Baginda kelihatan lapar. Maka dia menyuruh pembantunya untuk menyediakan makanan untuk lima orang, kerana dia ingin MENGUNDANG Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam sebagai salah seorang dari lima orang tetamu yang DIUNDANGNYA.

Maka pembantunya itu pun melaksanakan perintah itu. Kemudian dia diutus kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam untuk MENGUNDANG Baginda sebagai salah seorang dari lima orang (maksudnya tetamu yang DIUNDANG ada lima orang termasuk Rasulullah sendiri). Akan tetapi telah datang bersama-sama mereka seorang lagi (tidak termasuk antara tetamu yang DIUNDANG) dan ketika sampai di depan pintu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya orang ini ikut (datang) bersama kami, jadi terserahlah kepadamu, apakah engkau memberinya izin (untuk masuk) atau kalau engkau mahu dia harus pulang”. Abu Syu‘aib menjawab: “Tidak! Bahkan aku memberinya izin wahai Rasulullah!” (HR.Muslim).

Dalam riwayat yang lain daripada Abu Mu‘awiyah, maksudnya: “Telah ikut (datang) bersama-sama kami seorang lelaki. Dia tiada bersama kami pada ketika kamu MENGUNDANG kami” (HR.at-Tirmizi).

Berdasarkan mafhum daripada hadis di atas, Ibnu Hajar al-‘Asqalani menbuat kesimpulan dengan beberapa perkara, iaitu:-
1. Barangsiapa HADIR TANPA DIUNDANG, maka tuan majlis boleh memilih untuk menegahnya. Jika dia masuk TANPA izin, maka tuan majlis boleh mengeluarkannya atau menghalangnya.

2. Berdasarkan perbuatan lelaki yang ikut serta bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dalam hadis di atas, HADIR TANPA DIUNDANG pada asalnya adalah tidak ditegah dan Baginda tidak pula menyuruhnya pulang. Ada kemungkinan dia akan diterima dengan baik dan diizinkan masuk, terpulang kepada kebijaksanaan, kebaikan hati dan budi bicara tuan majlis tersebut.

3. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam meminta izin daripada Abu Syu‘aib kerana membawa seseorang yang tidak dijemput untuk memberi kebaikan pada dirinya. Ini kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam sudah mengetahui bahawa Abu Syu‘aib tidak menghalang atau menegah KEHADIRAN lelaki yang TIDAK DIUNDANG itu.

Ini berdasarkan dari hadis riwayat Abu Mu‘awiyah, tentang adanya isyarat atau pertanda bahawa jika lelaki itu berada dalam kumpulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam ketika kumpulan itu DIUNDANG, maka tidak perlu lagi meminta izin kerana sudah pasti dia akan DIUNDANG sama.

Sekiranya tetamu datang dengan membawa orang lain yang tidak dijemput, lalu tetamu tersebut pun meminta izin untuknya, maka sebaiknya izinkanlah orang yang tidak dijemput itu masuk sepertimana yang telah dilakukan oleh Abu Syu‘aib kerana itu adalah sebahagian dari makarim al-akhlak (akhlak yang terpuji).

Dilarang mengikut tetamu lain ke suatu majlis melainkan dia tahu tuan punya majlis redha dengan KEHADIRANNYA.

KEHADIRAN seseorang TANPA keizinan, kebenaran atau pengetahuan tuan punya majlis, maka makanan yang dimakan oleh tetamu yang tidak DIUNDANG itu umpama memakan sesuatu yang HARAM. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, maksudnya: "Barangsiapa DIUNDANG, lalu dia tidak memenuhi UNDANGAN itu, sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa masuk (ke majlis) TANPA DIUNDANG, maka dia masuk sebagai pencuri dan dia keluar sebagai perampas harta orang” (HR.al-Baihaqi).

Enggan Menerima Individu Lain Sebagai Tetamu
Telah diriwayatkan dalam hadis daripada Anas Radhiallahu ‘anhu bahawa seorang daripada jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam adalah seorang bangsa Parsi yang pandai memasak. Maka pada suatu hari dia menyediakan suatu masakan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan kemudiannya dia datang untuk MENGUNDANG Baginda menikmati masakan tersebut. Kebetulan isteri Baginda, ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, berada bersama-sama Baginda pada ketika itu.

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pun bertanya: "Dan dia ini?” (Baginda menunjuk kepada ‘Aisyah).
Orang itu menjawab: "Tidak!”
Baginda pun bersabda: "Tidak!”.
Lalu orang (jiran) itu pun mengulangi UNDANGANNYA.
Baginda masih bertanya: "Dan dia ini?”.
Orang (jiran) itu menjawab: “Tidak!”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pun bersabda: "Tidak!” (Ertinya Baginda tidak mahu memenuhi UNDANGAN itu kalau ‘Aisyah tidak DIUNDANG bersama). Sekali lagi dia mengulangi UNDANGANNYA dan Baginda bertanya lagi: "Dan dia ini?”.
Maka pada kali yang ketiga orang (jiran) itu pun menjawab: “Ya!”.
Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam dan ‘Aisyah pun berdiri dan segera mengikut orang itu sehingga mereka berdua sampai ke rumahnya” (HR.Muslim).

Adapun mafhum dari hadis di atas, antara sebab jiran Rasulullah itu enggan mengizinkan ‘Aisyah HADIR kerana berkemungkinan dia telah menyediakan makanan yang cukup untuk seorang sahaja iaitu untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Sekiranya dia mengizinkan ‘Aisyah HADIR, dia khuatir makanan itu tidak akan mencukupi untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam.

Enggan HADIR Melainkan Membawa Teman
Keengganan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam MENGHADIRI UNDANGAN jiran Baginda tidak menunjukkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam menolak terus dari MENGHADIRINYA.

Berkemungkinan Baginda enggan datang sendirian dan meminta ‘Aisyah dibawa bersama kerana:-
1. Perbuatan atau UNDANGAN jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam berbeza dengan perbuatan pembantu Abu Syu‘aib, kerana pembantunya telah
menjemput Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam berserta orang-orang yang rapat dengan Baginda. Manakala jiran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam
hanya menjemput Baginda seorang sahaja sedangkan ‘Aisyah ada bersama Baginda pada ketika itu. Oleh kerana itu Baginda enggan memenuhi UNDANGAN
tersebut melainkan ‘Aisyah turut sama DIUNDANG.
2. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam mengetahui bahawa ‘Aisyah ingin untuk menikmati hidangan tersebut.
3. Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam suka kalau ‘Aisyah menemani Baginda makan makanan tersebut.

Kesimpulan
Apabila membuat UNDANGAN sebaiknya pastikanlah dengan jelas tetamu yang akan dijemput samada berbentuk khusus atau umum, agar tidak timbul keraguan di hati mereka untuk MENGHADIRINYA.

Manakala dari pihak yang DIUNDANG (tetamu), memenuhi UNDANGAN dan MENGHADIRINYA akan menerbitkan rasa gembira di hati orang yang menjemput tersebut, di samping mengeratkan dan menyuburkan lagi silaturrahim sesama tetamu yang lainnya.

Oleh kerana itu MENGHADIRI walimah adalah WAJIB kecuali atas sesuatu sebab atau keuzuran, samada dia dijemput ke majlis itu oleh tuan punya majlis itu sendiri, atau melalui wakilnya yang dipercayai, atau melalui utusan seorang yang mumayyiz yang tidak diragui kejujurannya (tidak mungkin berbohong).

MENGHADIRI walimah TANPA DIUNDANG pula boleh mengakibatkan ketidak-selesaan, perasaan serba salah dan mungkin juga kesusahan kepada tuan punya majlis terutamanya mengenai persediaan yang telah dibuat. Sebagai contoh, orang yang MENGUNDANG hanya mampu menyediakan jemputan bagi 10 orang sedangkan yang HADIR melebihi daripada had yang telah ditentukan. Perkara sedemikian ini boleh mengakibatkan ketidak-selesaan kepada yang MENGUNDANG. Walau bagaimanapun bagi orang yang MENGUNDANG adalah lebih elok menerima sahaja tetamu yang TIDAK DIUNDANG itu kerana ia adalah sebahagian dari makarim al-akhlak (akhlak yang terpuji). Maka adalah menjadi ingatan bahawa perilaku HADIR TANPA DIUNDANG digambarkan sebagai sesuatu yang buruk dan perlu dihindari. Oleh itu, perbuatan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya, jangan sampai ianya dipandang ringan, sambil lewa serta kurang penting.

RENUNGAN: MENGHADIRI UNDANGAN
mengadakan majlis atau UNDANGAN hukumnya....SUNAT
MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN bila DIUNDANG hukumnya....WAJIB
MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN TANPA DIUNDANG hukumnya....HARAM
tidak MENGHADIRI majlis atau UNDANGAN bila DIUNDANG hukumnya....DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
semua ini cuma utk makanan zahir manusia.....!!!!!

APA PULA HUKUMNYA TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ATAU UNDANGAN ALLAH TAALA KETIKA MASUKNYA WAKTU SOLAT (AZAN) UNTUK MAKANAN BATIN MANUSIA ????????????

Thursday, October 1, 2009

Puasa Sunat Enam.....

PUASA SUNAT ENAM - JANGAN BIARKAN BERLALU !!!


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Pastinya Ramadhan yang baru sahaja berlalu, jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keikhlasan, akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa setiap individu selain menambahkan lagi ketaqwaan. Apa yang diharapkan ialah segala amalan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak itu tidak akan ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja apabila Ramadhan berlalu pergi. Antara amalan yang masih terus ditekuni setelah berlalunya bulan Ramadhan ialah PUASA SUNAT. PUASA SUNAT masih terus dikerjakan oleh para Solehin di bulan Syawal. Syawal merupakan bulan kemenangan kerana merayakan kejayaan setelah BERPUASA di bulan Ramadhan.

Kita tahu bulan Ramadhan merupakan bulan mudah untuk mengaut pahala kerana setiap amal ibadah yang dilakukan oleh seseorang dengan penuh keikhlasan di bulan ini dijanjikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan pahala yang berlipat kali ganda. Walau bagaimanapun pahala yang banyak di bulan Ramadhan tidaklah terputus begitu sahaja dengan berlalunya bulan Ramadhan. Seseorang yang menekuni bulan Ramadhan dengan BERPUASA penuh satu bulan akan dapat melanjutkan meraih keuntungan pahala apabila dia melaksanakan PUASA SUNAT di bulan Syawal.

Memandangkan kita berada dalam bulan Syawal, maka antara PUASA SUNAT yang khusus dikerjakan di bulan ini ialah PUASA SUNAT ENAM. Bagi mereka yang mempunyai kebiasaan BERPUASA SUNAT ENAM, ia bukan suatu perkara baru. Oleh yang demikian, jangan ada yang terlepas tanpa mengerjakan PUASA SUNAT ENAM pada Syawal kali ini. Rebutlah peluang untuk melaksanakannya kerana ia datang sekali sahaja dalam setahun.

Dengan kata lain, bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan. Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita. Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan SUNAT seperti Sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan SUNAT yang menjadi rebutan para solehin di bulan Syawal ini ialah amalan PUASA SUNAT ENAM. Apakah dia PUASA SUNAT ENAM itu?

Definisi PUASA SUNAT ENAM
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal ialah PUASA SUNAT yang dikerjakan sebanyak ENAM hari di bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah setelah selesai menjalankan kewajipan ibadah PUASA di bulan Ramadhan. Ianya SUNAT dan lebih AFDHAL dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal. Bagaimanapun para ulamak berbeza pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan PUASA SUNAT ENAM ini. Secara ringkas dijelaskan pendapat tersebut seperti berikut:

1. Sebahagian besar ulamak berpendapat PUASA SUNAT ENAM dikerjakan secara berturut-turut selepas Hari Raya, iaitu mulai Hari Raya kedua dan
seterusnya.
2. Sebahagian ulamak muta’akhirin pula berpendapat PUASA SUNAT ENAM itu HARUS dikerjakan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli
atau berasingan sepanjang bulan Syawal. Samada pada minggu pertama, kedua, ketiga atau minggu terakhir bulan Syawal.

Bagaimanapun mengerjakan PUASA SUNAT ENAM berturut-turut selepas Hari Raya iaitu mulai hari raya kedua adalah lebih AFDHAL kerana menyegerakan melaksanakan ibadat.

Orang-Orang Yang Dituntut Mengerjakan PUASA SUNAT ENAM
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal SUNAT dikerjakan bagi orang yang telah BERPUASA penuh bulan Ramadhan. Begitu juga bagi orang yang TIDAK BERPUASA penuh Ramadhan kerana sebab-sebab yang DIHARUSKAN oleh syarak. Maksud sebab-sebab yang DIHARUSKAN oleh syarak ialah seperti orang perempuan yang haidh atau nifas, orang sakit atau orang musafir.

Bolehkah Orang Yang Meninggalkan PUASA Ramadhan Melakukan PUASA SUNAT ENAM?
Apabila disebut mengenai PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal dan kaitannya dengan BERPUASA sebulan penuh di bulan Ramadhan, timbul persoalan, adakah mereka yang TIDAK melaksanakan PUASA penuh di bulan Ramadhan sama ada kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak atau tidak juga DIHARUSKAN BERPUASA SUNAT ENAM ?

Mereka yang meninggalkan PUASA sama ada kerana keuzuran yang DIHARUSKAN syarak atau tidak, WAJIB mengqadha PUASA yang ditinggalkannya. Oleh itu, bagi orang yang TIDAK BERPUASA sebulan penuh Ramadhan dan ingin melakukan PUASA SUNAT ENAM hendaklah terlebih dahulu melihat sebab-sebab dia meninggalkan PUASA tersebut. Penjelasannya seperti berikut:

i. Orang Yang Meninggalkannya Dengan Sengaja
Orang yang meninggalkan PUASA Ramadhan dengan sengaja tanpa keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, WAJIB menyegerakan qadha PUASA yang ditinggalkan itu dan HARAM baginya melakukan PUASA-PUASA SUNAT termasuklah PUASA SUNAT ENAM kecuali setelah dia selesai mengqadha PUASANYA, kerana PUASA Ramadhan yang ditinggalkan dengan sengaja WAJIB diqadha dengan segera. Adapun menyegerakan mengqadha PUASA adalah satu amalan dan langkah yang terpuji, malahan dituntut oleh agama sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firmanNya yang tafsirnya: "Maka WAJIBLAH dia BERPUASA sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain" (Surah Al-Baqarah:184).

Sesiapa yang mahu menyegerakan qadha PUASA tersebut di bulan Syawal, maka qadha itu boleh dilakukan bermula pada hari raya kedua (2hb. Syawal) dan boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang DIHARAMKAN BERPUASA seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada Hari-Hari Tasyriq dan sebagainya dan ia WAJIB disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

Kewajipan mengqadha PUASA itu tidak kira sama ada PUASA itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka TIDAK DIWAJIBKAN mengqadha PUASA yang ditinggalkan itu tetapi WAJIB membayar fidyah sebagai ganti PUASA yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tafsirnya: "Dan WAJIB atas orang-orang yang tidak berdaya BERPUASA (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin" (Surah Al-Baqarah:184).

ii. Orang Yang Meninggalkan PUASA Disebabkan Keuzuran Yang DIHARUSKAN Oleh Syarak
Bagi orang yang TIDAK BERPUASA Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit adalah DISUNATKAN BERPUASA SUNAT ENAM sekalipun mereka masih mempunyai qadha. Walau bagaimanapun ganjaran pahala PUASA SUNAT ENAM bagi orang yang TIDAK BERPUASA penuh bulan Ramadhan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan PUASA SUNAT ENAM selepas mengerjakan PUASA Ramadhan sebulan penuh.

Manakala bagi orang yang luput keseluruhan PUASA Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, jika dia mengerjakan PUASA qadhanya pada bulan Syawal, DISUNATKAN (mustahab) ke atasnya mengqadha PUASA SUNAT ENAM itu dalam bulan Zulkaedah. Walau bagaimanapun, menurut ulamak dia juga mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam iaitu orang yang BERPUASA Ramadan dan diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM pada bulan Syawal diibaratkan BERPUASA selama satu tahun.

Cara BERPUASA SUNAT ENAM Bagi Orang Yang TIDAK BERPUASA Ramadhan Sebulan Penuh Kerana Uzur Syar‘ie
Terdapat beberapa cara boleh dilakukan oleh orang yang TIDAK BERPUASA Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak dan tidak mahu terlepas peluang untuk melaksanakan PUASA SUNAT ENAM, iaitu seperti berikut:

i. PUASA Qadha Sebelum PUASA SUNAT ENAM
Melunaskan dahulu qadha PUASA Ramadhan di bulan Syawal dan setelah selesai barulah melaksanakan PUASA SUNAT ENAM.

ii. PUASA SUNAT ENAM Sebelum PUASA Qadha
Atau mendahulukan PUASA SUNAT ENAM hari di bulan Syawal dan seterusnya melaksanakan qadha PUASA sama ada di bulan Syawal atau pada
bulan-bulan yang lain sebelum tibanya Ramadhan akan datang.

Perkara ini dihukumkan MAKRUH kerana melambatkan qadha PUASA Ramadhan. Walau bagaimanapun diberi pahala SUNAT kerana PUASA SUNAT ENAM yang dilakukannya.

iii. Menyatukan Niat PUASA Qadha Dan PUASA SUNAT ENAM
Bagi orang yang meninggalkan PUASA Ramadhan yang disebabkan oleh keuzuran yang DIHARUSKAN oleh syarak, jika dia hendak melakukan qadha PUASA Ramadhan itu pada bulan Syawal, ia boleh dilakukan sekaligus dengan PUASA SUNAT ENAM. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya, iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-duanya sekali (iaitu ganjaran PUASA qadha dan ganjaran PUASA SUNAT). HARUS berniat bagi kedua-dua PUASA iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT dengan tujuan bagi melaksanakan kedua-dua tuntutan itu. Dengan demikian terlaksanalah PUASA qadha dan mendapat ganjaran SUNAT kerana BERPUASA SUNAT ENAM.

Sebagai contoh seseorang itu boleh berniat: "Sahaja aku PUASA esok hari mengqadha PUASA Ramadhan dan PUASA SUNAT ENAM bulan Syawal kerana Allah Ta‘ala”.

Akan tetapi jika dia berniat hanya bagi PUASA qadha atau bagi PUASA SUNAT ENAM sahaja, maka yang terlaksana adalah PUASA yang diniatkannya itu. Mengenai orang yang berniat PUASA WAJIB bersama PUASA SUNAT ini ada disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam fatwanya menjawab mengenai dengan seseorang yang berniat PUASA SUNAT Hari ‘Arafah atau PUASA-PUASA SUNAT yang lain seumpamanya dengan PUASA FARDHU seperti qadha Ramadhan atau PUASA nazar atau PUASA kaffarah:



Ertinya: "Jika diniatkan keduanya (PUASA SUNAT dan PUASA WAJIB) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya” (Al-Fatwa Al-Kubra:2/75).

Dengan kata lain, dalam menunaikan PUASA tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu PUASA qadha dan PUASA SUNAT seperti PUASA Hari Arafah atau PUASA-PUASA SUNAT yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi PUASA SUNAT dan PUASA WAJIB tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi PUASA SUNAT sahaja atau PUASA WAJIB sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi PUASA yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara PUASA WAJIB dan PUASA SUNAT itu.

PUASA SUNAT Dan Jemputan Makan
Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil Fitri khususnya dan sepanjang bulan Syawal amnya sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house". Bagi mereka yang sedang BERPUASA SUNAT ENAM, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan BERPUASA SUNAT itu untuk TIDAK menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk TIDAK BERPUASA SUNAT ENAM.

Dengan kata lain, sesetengah individu merasakan untuk mengqadha PUASA Ramadhan apatah lagi untuk BERPUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal, dia bakal menghadapi beberapa rintangan. Ini kerana seperti yang kita semua maklumi, khususnya pada musim Hari Raya Aidilfitri, bagi kita orang Malaysia, amalan berziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat-handai sudah menjadi adat dan kebiasaan. Di samping itu 'open house’ ataupun rumah terbuka juga termasuk amalan yang biasa dilakukan di hari raya ini. Kadang-kadang sebagai tetamu, sesetengah undangan 'open house’ ini sukar untuk ditolak sehingga menyebabkan seseorang yang sedang BERPUASA itu terpaksa membuat pilihan, lebih-lebih lagi jika kunjungan itu hanya mampu dibuatnya pada siang hari.

Namun perlu juga diingat bahawa BERPUASA itu bukanlah tiket serta alasan sebagai penghalang untuk TIDAK menghadiri jemputan. Ini kerana Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang BERPUASA. Begitu juga sebaliknya, jemputan jamuan itu bukan bermakna sebagai alasan untuk TIDAK BERPUASA. Sebaiknya perkara ini difahami dengan lebih mendalam lagi. Dalil kepada peringatan ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan, maka penuhilah (undangan itu). Jika dia sedang BERPUASA, maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak BERPUASA, maka makanlah” (HR.Imam Muslim).

Akan tetapi jika PUASA yang dilakukan oleh seseorang yang menjadi tetamu itu adalah PUASA SUNAT, maka dalam keadaan tertentu dia diberikan pilihan sama ada untuk meneruskan PUASANYA ataupun DISUNATKAN baginya berbuka dan TIDAK meneruskan PUASA SUNAT tersebut. Keadaannya adalah seperti berikut:

Keadaan yang Pertama:
Sekiranya tuan rumah yang menjemputnya itu merasa tersinggung jika tetamu tersebut tidak memakan makanan yang dihidangkannya, maka dalam keadaan ini adalah dibolehkan, bahkan adalah AFDHAL bagi tetamu yang BERPUASA SUNAT tadi untuk berbuka dan TIDAK meneruskan PUASA SUNATNYA itu. Adapun alasan yang diberikan oleh ulamak ialah untuk menjaga hati tuan rumah. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk khusus seperti tuan rumah hanya menjemput tetamu yang tertentu atau dia mempunyai hajat tertentu ketika mengundang tetamu-tetamu tadi.

Adapun dalil yang mensabitkan perkara ini ialah satu riwayat daripada Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang yang sedang BERPUASA SUNAT supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, sabda Baginda:



Maksudnya: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu”. Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan BERPUASALAH pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu” (HR.al-Baihaqi).

Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang BERPUASA SUNAT, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang BERPUASA itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih AFDHAL bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:



Maksudnya: "Aku (Ummu Hani’) telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku".
Baginda bersabda: "Apakah ia (dosamu itu)?".
Katanya (Ummu Hani’): "Aku ini BERPUASA, dan aku berbuka".
Baginda bersabda: "Adakah PUASA qadha yang engkau kerjakan itu?".
(Ummu Hani’) berkata: "Bukan".
Baginda bersabda: "(Berbuka PUASA SUNAT itu) tidak memberi mudharat kepadamu" (HR.Imam at-Tirmidzi).

Keadaan yang Kedua:
Sekiranya tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia itu meneruskan PUASANYA, maka dalam hal ini adalah lebih AFDHAL dan lebih utama bagi tetamu itu untuk meneruskan sahaja PUASA SUNAT tersebut. Perkara ini boleh terjadi dalam jamuan atau jemputan yang berbentuk umum.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala PUASA yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka PUASANYA tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, TIDAK meneruskan PUASA SUNAT tanpa keuzuran adalah MAKRUH di sisi hukum syarak berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad, Ayat 33:




Tafsirnya: "Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!” (Surah Muhammad:33).

Akan tetapi hukumnya adalah berbeza jika PUASA yang dikerjakan oleh seseorang itu merupakan PUASA FARDHU misalnya PUASA qadha Ramadhan atau PUASA nazar, maka adalah HARAM baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan DISUNATKAN juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan ke atas tuan rumah dan para hadirin sepertimana yang disebutkan dalam hadis di atas.

Hukum Menqadha PUASA SUNAT
Orang yang sedang BERPUASA SUNAT adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan PUASANYA ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:



Maksudnya: "Orang yang sedang BERPUASA SUNAT itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia BERPUASA dan jika dia mahu dia berbuka” (HR.Imam Ahmad).

Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang TIDAK meneruskan PUASA SUNAT samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka TIDAKLAH WAJIB ke atasnya menqadha PUASANYA itu bahkan hukumnya adalah SUNAT. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah WAJIB, maka sudah pasti hukum TIDAK meneruskannya (PUASA SUNAT) adalah HARAM. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:



Maksudnya: "Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang BERPUASA".
Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu".
Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan BERPUASALAH pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu" (HR.Imam al-Baihaqi).

Fadhilat PUASA SUNAT ENAM
Seperti juga halnya dengan PUASA-PUASA SUNAT yang lain, BERPUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal juga mempunyai fadhilat tertentu jika dilaksanakan setelah BERPUASA di bulan Ramadhan. PUASA SUNAT ENAM ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "Barangsiapa yang BERPUASA pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM hari pada bulan Syawal, (PUASANYA di bulan Ramadhan dan ENAM hari di bulan Syawal itu) seperti PUASA sepanjang tahun” (HR.Muslim).

Dalam hadis tersebut dijelaskan mengenai ganjaran melaksanakan PUASA Ramadhan diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM hari di bulan Syawal adalah seperti BERPUASA sepanjang tahun. Disebutkan bahawa seseorang yang melakukan satu kebaikan ganjarannya adalah sebanyak sepuluh pahala. Sebagaimana juga mereka mengatakan: "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran". Maka mengerjakan PUASA SUNAT sebanyak ENAM hari di bulan Syawal di samping mengerjakan PUASA FARDHU di bulan Ramadhan diibaratkan seperti BERPUASA sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu juga dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan BERPUASA di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan BERPUASA dan PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan BERPUASA. Maka dengan itu genaplah ia setahun atau dua belas bulan.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Tsauban Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:



Maksudnya: "BERPUASA sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan BERPUASA dan BERPUASA SUNAT ENAM hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan BERPUASA, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun” (HR.ad-Darimi).

Apa yang dimaksudkan dengan persamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari PUASA FARDHU. Jadi, pahala mengerjakan PUASA bulan Ramadhan dan PUASA SUNAT ENAM adalah sama dengan pahala mengerjakan PUASA FARDHU sebanyak setahun.

Penutup
PUASA SUNAT ENAM di bulan Syawal merupakan kesinambungan ibadah PUASA yang dilakukan di bulan Ramadhan. Tentunya amatlah besar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi sesiapa yang melaksanakannya dengan penuh ketaqwaan dan keikhlasan. Rebutlah peluang ini dan jangan kita biarkan bulan Syawal berlalu tanpa melakukan PUASA SUNAT ENAM.

Oleh yang demikian, ambillah peluang ini dengan sebaiknya untuk mengerjakan PUASA SUNAT ENAM yang besar kelebihan-kelebihannya dan hanya akan diperolehi sekali sahaja dalam setahun iaitu dalam bulan Syawal. Usahakan agar jangan ia terlepas tanpa dikerjakan. Rintangan atau dugaan untuk melaksanakannya seperti majlis jamuan makan, janganlah dijadikan alasan untuk meninggalkan sama sekali PUASA SUNAT ENAM. Sebaiknya biarlah bijak mengurus masa kerana syarak juga MENGHARUSKAN PUASA SUNAT ENAM itu dikerjakan secara berselang-seli sepanjang bulan Syawal. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan PUASA SUNAT ENAM itu bukan dalam suasana hari raya.

RENUNGAN: PUASA Ramadhan vs. PUASA SUNAT ENAM
Dipetik kembali maksud hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam: "BERPUASA sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan BERPUASA dan BERPUASA SUNAT ENAM hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan BERPUASA, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun” (HR.ad-Darimi).

Jenis PUASA Ganjaran
PUASA Ramadhan 30 Hari x 10 = 300 Hari = 10 Bulan
PUASA SUNAT ENAM 6 Hari x 10 = 60 Hari = 2 Bulan
(PUASA Ramadhan + PUASA SUNAT ENAM) (30+6) Hari x 10 = 360 Hari = 12 Bulan @ Setahun

Adapun kejadian tubuh manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi serta berkait rapat dengan segala macam ibadat dalam Islam termasuklah PUASA. Maka eloklah diberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia. Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang mendirikan tubuhnya yang mana menyamai juga dengan 360 darjah pada bulatan bumi.

Telah diketahui akan ganjaran PUASA Ramadhan yang diikuti dengan PUASA SUNAT ENAM adalah bersamaan dengan BERPUASA sepanjang tahun yakni 360 Hari. Maknanya 1 hari PUASA mewakili 1 tulang yang akan mendirikan tubuh manusia. Maka 360 hari PUASA itu mewakili 360 tulang yang mendirikan tubuh manusia yang lengkap sempurna sebagaimana kita kini. Jika hanya 300 tulang sahaja yang ada, tentu kita tidak akan dapat berada didunia ini (tidak zahir). Sebab itu PUASA SUNAT ENAM amat besar ganjarannya bagi yang ketahui.

Adapun PUASA Ramadhan itu untuk menyucikan NYAWA (yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS), HATI, AKAL, PENGLIHATAN, KATA-KATA dan PENDENGARAN kita, maka PUASA SUNAT ENAM pula ialah untuk menyucikan TUBUH kita yakni bekas tempat untuk meletak ENAM perkara iaitu:
1. NYAWA (yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS)
2. HATI
3. AKAL
4. PENGLIHATAN
5. KATA-KATA dan
6. PENDENGARAN

Sebab itu PUASA Ramadhan ada nilai disisi Allah Ta'ala (WAJIB dikerjakan) kerana ia adalah Hak Allah semata-mata yang akan dikembalikan kepadaNya kelak. Sebagaimana yang disabda oleh baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya: "Allah Subhanahu Wataala berfirman: "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan PUASA (yakni PUASA Ramadhan), maka sesungguhnya PUASA itu adalah untukKu (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang BERPUASA" (HR.Bukhari).

Sementara PUASA SUNAT ENAM pula ada nilai disisi Muhammad kerana ia adalah Hak Muhammad (SUNAT dikerjakan). Dengan kata lain, PUASA Ramadhan adalah berkaitan penyucian urusan batin (NYAWA yakni NAPAS, NUPUS, TANAPAS), HATI, AKAL, PENGLIHATAN, KATA-KATA dan PENDENGARAN) dan PUASA SUNAT ENAM adalah berkaitan penyucian urusan zahir (TUBUH).

MAKA SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN PUASA SUNAT ENAM ?????

Saturday, September 19, 2009

Esoknye Hari Raya...Ep, 1

Sabtu, 19 Sept 2009.....





Persiapan memasang pelita 'minyak tanah'...aku highlight kan 'minyak tanah' sebab susah dah nak tgk kt bandar2 besar pakai pelita ni...kalau ada pun pakai pelita 'elektrik'...aku sendiri tak pasang kt rumah aku..kt kg baru pasang.....



tgh masak makanan tradisional bugis..'burasak & 'lepat luwey'....mana yg x familiar tu..'burasak' ni dibuat dr beras..lepat luwey plk pki pulut....my favourite kalau dicecacah dgn. daging masak kicap & ayam masak merah...mmmmm...nikmatnya Malaysia...kepada sedara2 aku di Indonesia jgnlah marah plk yer..kalau National Geographic ter...rakam



Ayahanda tercinta dah kepenatan...sebenarnya masa aku smpi mak & baba aku dah siapkan semua burasak & lepat luwey tu...sampai2 je memang dah tgh masak...nak tgu masak perlukan masa 8 jam....



dah masak pun...start masak pkl 5am...pkl 12pm dah boleh diangkat...buka puasa arini makan burasak & lepat luwey la nmpk gayanya.....



acara menukar langsir dan kusyen...dibantu oleh 3 org adik lelaki aku yg masih bujang dan 2 menantu mak aku...







Saturday, September 12, 2009

Shopping Raye...2009

Pergh!...akhirnya aku dah shopping raye semalam...last week aku cuma sempat beli baju-baju melayu utk aku dan anak-anak kt Mydin USJ, biasanya aku beli kt Masjid India...aku sejak dari belum kahwin sampai la dah anak 3, tak penah tempah baju melayu..suka beli last minit punyer...seingat aku masa kecik2 dulu je sampai la aku tahun 2 kt universiti mak aku tempahkan baju kt aku..lepas dari tu...aku beli sendiri..maklumla..masa start tahun 3 tu aku dah praktikal so ada la duit lebih utk aku beli baju melayu sendiri...


Ingatkan nak shopping lepas baiki kereta..tp punyer la lama baiki kete..sampai aku dah letih nak kuar g shopping petang tu...asal2nya cuma nak repair paip coolant yg bocor je...kejap je x sampai pun sejam dah siap...nasib baiklah boleh welding je...klu tidak risau je nak balik sbb asyik nak kena top up air je...Apek tu ckp kalau nak tukar spare part tak ada...aku mula2 mmg nak suruh dia welding je..tp pekerje dia cakap ...wooo..mana boleh welding..kena tukar ni...nasib baik tokeh dia kata ok...kalau ikut experience engineering aku mmg sepatutnya boleh welding...peh! lega sikit bila dia ckp kosnya hanya rm50...aku pun cakap ok la..kasi bikin..sambil2 tu aku suruh tukar air coolant dan servis trotlle body sekali...kosnya krg rm2 nak rm100....
Panjang pulak citer pasal servis kete..disingkatkan citer...sbb rasa budget kt kete ada masih ada..aku terus pegi kt kedai aksesori....nak tukar alarm dengan handle bukak pintu aku yg dah dekat 2 bulan patah...kt sini budget aku lari..target kos nak tukar alaram cuma rm100 dah jadi rm300...pastu tokeh tu cakap boleh siap 1/2 jam jadi 3 jam...



Mula2 plan nak shopping keesokan harinya..tapi lepas je berbuka tiba2 ada semangat baru plk nak g shopping...lepas solat maghrib aku pun meluncurkan kete aku yg dah power tu Jusco Equine park...sampai kt sana lebih krg pkl 9pm..mula2 mood tu ada ..tp sampai sana Iman plk buat hal...menangis plk nak belon...terpaksa la lari g carik belon...



Sedar tak sedar byk jugak aku belanja....pergh! x ingat punyer...pkl 11pm kami semua baru siap shopping...beli punyer beli..rupa2nya aku tak beli pun T'shirt raye utk aku...terpaksa kena pegi carik lagi..

Friday, August 28, 2009

bulan ramadhan....satu ujian

salam ramadhan kepada pembaca sekalian ...

mmm..nampaknya sudah masuk hari ke lapan kita puasa ....banyak sungguh cabaran untuk aku menghadapi bulan mulia ni ..almaklumlah anak dah tiga ..dah mula membesar pulak tu ...memang satu cabaran untuk aku ..tp alhamdulillah isteri aku ni kuat semangat ....dan lebih GARANG dari aku ...eheh..so keje aku mudah ...senang cakap isteri sbg assisstant yg jadi tukang kejut anak2

Haikal pulak macam biasa lebih hebat dari biasa ..memang dia puasa tp ada menu yang diminta..KFC la..Kinder Bueno la...dan macam2 lah dia mintak ..yg kelakar pulak bila kita kejut sahur bagi minum milo..bila bangun pagi dia lupa dia sahur ..kena sahur kali ke dua kol 8 pagi..pastu dia puasa la sepanjang hari....alahai...aku biarkan jelah..lagipun baru enam tahun.aku nak latih anak - anak aku berpuasa sedari kecil supaya dia sentiasa berada dalam " bi'ah " islamiyah ...seterusnya dapat hidup suasana yang baik dan aku berharap dengan didikan ini akan menjaga dirinya insan berguna apabila dia besar kelak ...memandangkan anak2 generasi sekarang sedikit sebanyak membuat aku takut untuk menghadapi masa depan ....

Bila anny ( wife aku le ) ..itulah istilah yg aku beri utk isteri aku ni .,,aku ni bukan romantik ..anny selalu merajuk sbb aku ni guna bahasa "aku" dan engkau " je ngan dia ..dia rasa macam aku tak sayang .. tp itulah aku ..heeh..walhal ..masa nak mengorat siap aku guna perkataan abang ...tp time tu dia x suka...maybe sbb belum kahwin..geli katanya...hehehhe

Alamak/...sebenarnya nak citer pengalaman terawikh ngan anak2 terutama yang no 2 si haikal ni,,,baru habis dua rakaat ,tanya lagi " baba ...dah habis ke ?"macam tu lah dia asyik tanya sepanjang solat terawikh..sebenarnya sedikit sebanyak merisaukan aku ..aku harap bila dia besar dia akan suka solat terawikh.....masuk hari ke-3, dia dah tanyer2 dah..lepas aku tegur dia...bila habis salam, aku pandang belakang...tengok dia orang berdua ada lagi bersembahyang..not bad lah...tak la mcm anak2 orang lain yg main lari2 masa orang tengah sembahyang....Kalau kat rumah, aku suruh dia orang berdua solat berjemaah...saje aku nak train Aiman supaya menjadi ketua yg baik....hehehe....Walaupun Haikal agak nakal sikit...tapi dia takut dengan abang dia,,,,,,,

Tapi sememangnya sejuk hati aku bila tengok aiman anak yang sulong ..dia memang cepat tangkap bab-bab agama...siap cakap nak jadik ustaz ....aku harap cita-citanya akan mencapai kejayaan ,,,,


Inilah HAIKAL yang aku ceritakan....

Satu-satunya anak dara aku yang masih kecil...mmmm...masih kecil untuk dinilai..tp kerana terlalu dimanja oleh abg2 dia..dia naik kepala..semua benda dia punya ...ini gambar haikal masa menang pertandingan mewarna...punyam lah tinggi sifat konfiden..sebut je nama dia terus berlari amik hadiah..takut jugak salah org..almaklum nama haikal ada dua..tp ahamdulillah..hadiah itu miliknya juga..as a abah..aku bangga beb!!



























tu gambar anak sulung yang selalu menyejukkan hati aku ...tp dn adik2 garang..dgn kawan2 terus lemah..apa kawan nak semua bagi ..waduh!!!oklah..kita sambung citer lain kali..sejujurnya aku bersyukur dengan segalanya//...Alhamdulillah