Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Salah satu perkara yang MEMBATALKAN PUASA itu ialah memasukkan sesuatu ‘benda’ dengan sengaja ke dalam rongga melalui lubang yang terbuka.
‘Benda’ yang dimaksudkan di atas ialah apa-apa jua benda, tidak kira banyak atau sedikit, sama ada benda yang boleh dimakan seperti biji lenga atau yang tidak boleh dimakan seperti batu kecil. Apabila disebut benda, maka tidaklah termasuk rasa atau bau. Sekiranya yang masuk ke dalam rongga seseorang yang BERPUASA itu adalah rasa atau bau itu, maka TIDAKLAH MEMBATALKAN PUASANYA.
‘Dengan sengaja’ bermaksud memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga sama ada dilakukannya sendiri atau dilakukan oleh orang lain dengan keizinannya.
‘Rongga’ pula adalah rongga yang mempunyai fungsi untuk memproses sama ada makanan atau ubat ataupun tidak seperti rongga otak, kerongkong atau rongga mulut, rongga hidung, rongga telinga, perut, dubur, faraj, pundi-pundi kencing, lubang tempat keluar air kencing lelaki dan lubang tempat keluar air susu.
‘Lubang yang terbuka’ pula adalah lubang tempat masuk atau keluar sesuatu, sama ada lubang itu wujud sejak lahir seperti mulut, hidung, telinga dan dubur ataupun lubang yang baru wujud seperti luka.
Hukum Beberapa Isu RAWATAN KESIHATAN Sewaktu BERPUASA
Berikut ini jawapan kepada beberapa permasalahan mengenai hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka ketika BERPUASA lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan RAWATAN KESIHATAN yang melibatkan rongga-rongga yang disebutkan di atas.
Secara ringkas, jawapan kepada permasalahan tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
1. RAWATAN yang MEMBATALKAN PUASA
2. RAWATAN yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA dan
3. RAWATAN yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA dengan bersyarat.
1. RAWATAN Yang MEMBATALKAN PUASA
Antara RAWATAN yang MEMBATALKAN PUASA adalah:
i. Menerima RAWATAN Dialisis Haemo dan Dialisis Peritoneal Bagi Pesakit Buah Pinggang
Pada kebiasaannya pesakit buah pinggang diberikan salah satu dari tiga jenis RAWATAN iaitu:
* RAWATAN tanpa bercuci (bagi buah pinggang rosak tetapi tidak sampai ke tahap yang memerlukan dialisis)
* RAWATAN dialisis atau pencucian
* Pemindahan buah pinggang
Bagi pesakit yang menghidapi kerosakan buah pinggang (iaitu apabila kurang 5% dari bahagian buah pinggang yang berfungsi dan tidak menerima RAWATAN pemindahan buah pinggang) akan menerima RAWATAN dialisis atau pencucian buah pinggang. RAWATAN dialisis ini pula terbahagi kepada dua iaitu:
* Dialisis Haemo
* Dialisis Peritoneal
Dialisis Haemo atau ‘Hemodialysis’ ialah RAWATAN penyucian darah yang dijalankan di luar tubuh pesakit dan dimasukkan semula ke dalam tubuhnya menyebabkan darah yang dimasukkan akan sampai ke rongga perut dan seterusnya ke jantungnya dan kemudian akan diproses untuk sampai ke seluruh badan. Proses ini dijalankan menggunakan mesin. Pada kebiasaannya RAWATAN ini dilakukan 3 kali dalam seminggu dan setiap RAWATAN memakan masa selama 4 hingga 6 jam.
Dialisis Peritoneal atau ‘Peritoneal dialysis’ ialah RAWATAN penyucian darah yang dilakukan dengan menggunakan cecair khas yang dinamakan dialisat. Benda buangan di dalam darah akan diresap ke dalam dialisat ini. Untuk memasukkan dialisat, satu tiub yang dinamakan ‘catherer’ dimasukkan ke dalam ruang perut si pesakit. Melaluinya, dialisat dapat dimasukkan ke dalam ruang perut dan dibiarkan untuk beberapa waktu bagi proses penyucian darah.
Berdasarkan penjelasan kedua-dua cara RAWATAN yang disebutkan di atas, maka BATAL PUASA pesakit yang BERPUASA ketika menjalani RAWATAN berkenaan. Walau bagaimanapun, RAWATAN yang dijalankan itu adalah merupakan suatu keuzuran yang dibenarkan syarak (‘uzur syar‘ie), yang membolehkan si pesakit untuk berbuka kerana menjalani RAWATAN tersebut tetapi WAJIB baginya mengqadha PUASA yang ditinggalkan itu.
ii. Bertambah Darah Atau Air
Jika seseorang itu memasukkan darah melalui urat besar ke dalam badannya ketika BERPUASA, maka BATAL PUASANYA kerana darah itu akan sampai ke rongga perutnya dan seterusnya ke jantungnya dan darah itu akan diproses untuk sampai ke seluruh badan.
Begitulah juga BATAL PUASA bagi pesakit yang disuntikkan air seperti air gelukos bagi tujuan mengenyangkan kerana air yang disuntikkan itu akan sampai ke perutnya, bahkan sampai ke perut besarnya dan ma‘idahnya iaitu tempat memproses makanan.
2. RAWATAN Yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA
Antara RAWATAN yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA adalah:
i. Menderma Darah
Adapun orang yang menderma darah ketika sedang BERPUASA, TIDAK BATAL PUASANYA, kerana tempat memasukkan alat mengambil darah tersebut bukan pada lubang yang terbuka seperti mulut, hidung, dubur dan telinga.
ii. Memakai Kanta Lekap (Contact Lens)
Adapun memakai kanta lekap (contact lens) di kelopak mata ketika BERPUASA TIDAK MEMBATALKAN PUASA si pemakainya kerana mata tidak termasuk antara rongga seperti yang dijelaskan di atas.
3. RAWATAN Yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA Dengan Bersyarat
Antara RAWATAN yang TIDAK MEMBATALKAN PUASA dengan bersyarat adalah:
i. RAWATAN Pergigian
Rongga mulut merupakan salah satu rongga yang perlu dijaga ketika sedang melakukan PUASA. Jika masuk sesuatu benda ke dalam HAD BATIN mulut, maka akan BATAL PUASA seseorang itu.
Adapun rongga mulut itu terbahagi kepada HAD ZAHIR dan HAD BATIN. HAD ZAHIR mulut itu ialah dari tempat keluar makhraj huruf "Ha (nipis)" hingga ke atas mulut. Manakala HAD BATIN mulut itu ialah dari tempat keluarnya makhraj huruf "Hamzah" atau "Ha (tebal)" hingga ke bawah (kerongkong). Apabila orang yang BERPUASA memasukkan sesuatu benda ke dalam mulutnya dan sampai kepada HAD BATIN, maka BATAL PUASANYA.
Oleh yang demikian, jika seseorang menjalani pemeriksaan dan RAWATAN pergigian dalam rongga mulut pada bahagian HAD ZAHIR sahaja dan tidak sampai kepada HAD BATIN yang disebutkan di atas, maka PUASANYA adalah SAH dan TIDAK BATAL.
Begitu juga suntikan yang dilakukan ketika menjalani RAWATAN TIDAK MEMBATALKAN PUASANYA, kerana suntikan yang dilakukan pada bahagian gusi itu tidak sampai kepada rongganya yang boleh MEMBATALKAN PUASA.
Sebagai langkah berjaga-jaga adalah disarankan supaya benda-benda yang terkumpul ketika dia menjalani pemeriksaan dan RAWATAN pergigian seperti air liur, kahak atau darah hendaklah sentiasa dibuang atau disedut dengan alat perubatan yang disediakan seperti suction (penyedut cecair iaitu alat untuk memindahkan cecair yang tidak diperlukan melalui satu tiub untuk dibuang). Dia juga hendaklah membersihkan rongga mulutnya dengan air yang bersih. Ini bertujuan untuk mengelak dari tertelan air liurnya yang bercampur dengan darah kerana ia boleh mengakibatkan PUASANYA BATAL.
ii. Ubat Titik Mata
Menitikkan air titik mata seperti ubat titik eye-mo pada mata ketika BERPUASA juga TIDAK MEMBATALKAN PUASA, kecuali jika diyakini cecair tersebut masuk ke kerongkong, lalu ditelannya, maka BATAL PUASANYA. Akan tetapi jika diludahkannya TIDAKLAH MEMBATALKAN PUASANYA. Jika yang sampai ke kerongkong itu hanya rasanya bukan cecair itu, jika ditelan TIDAK MEMBATALKAN PUASANYA, kerana rasa itu tidak dinamakan benda (‘ain).
Penutup
Begitulah serba sedikit penjelasan hukum berkaitan RAWATAN KESIHATAN yang dilakukan melalui rongga ketika menjalani ibadah BERPUASA. Semoga penjelasan ini dapat memberi pengetahuan, terutama kepada mereka yang menjalani RAWATAN sebagaimana di atas.
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
banyak info kesihatan tentang puasa kat sini - Info Puasa @ Info-Kesihatan-Anda
ok..terima kasih...
Post a Comment