Saturday, September 5, 2009

Membayar Fidayah Puasa- Memadaikah dengan Wang?

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


FIDYAH bermaksud denda atau tebusan yang dikenakan kepada orang Islam yang melakukan beberapa kesalahan tertentu dalam ibadah. Ia juga merujuk kepada menebus ibadah dengan memberi sedekah kepada fakir miskin berupa makanan yang mengenyangkan.

Seseorang yang TIDAK MAMPU BERPUASA dengan sebab-sebab uzur yang dibenarkan oleh syarak seperti sakit, orang yang dalam pelayaran, orang tua, perempuan hamil yang takut mendatangkan mudarat kepada dirinya atau anaknya atau kedua-duanya dan seumpamanya, maka DIHARUSKAN berbuka dengan masing-masing DIWAJIBKAN qadha sejumlah hari-hari yang ditinggalkan atau dengan membayar FIDYAH atau kedua-duanya.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:



Tafsirnya: "(PUASA yang DIWAJIBKAN itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam pelayaran, (bolehlah dia berbuka), kemudian WAJIBLAH dia BERPUASA sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain; dan WAJIB atas orang yang tidak terdaya BERPUASA (kerana tua dan sebagainya) membayar FIDYAH iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran FIDYAH) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) BERPUASA itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi FIDYAH), kalau kamu mengetahui” (Surah al-Baqarah:184).

Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma telah meriwayatkan mengenai orang yang sangat tua yang DIWAJIBKAN FIDYAH. Beliau berkata:



Maksudnya: "Orang yang sangat tua di kalangan lelaki atau perempuan yang keduanya tidak mampu BERPUASA, hendaklah memberi makan orang miskin bagi setiap hari sebagai ganti” (HR.al-Bukhari).

Diriwayatkan lagi dalam sebuah hadis bahawa Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma telah ditanya mengenai seorang perempuan hamil yang takut mendatangkan mudarat kepada anaknya, adakah ke atas perempuan yang hamil yang takut mudarat kepada anaknya itu BERPUASA?

Lalu beliau berkata:



Maksudnya: "Berbuka dan berilah satu cupak makanan (hinthah) kepada orang miskin setiap hari” (HR.al-Baihaqi).

Siapakah Yang Dikenakan FIDYAH PUASA?
Menurut hukum syarak, terdapat beberapa golongan orang yang dikenakan FIDYAH, iaitu:

i. Wanita Hamil
Wanita hamil atau yang menyusukan anak jika dia berbuka PUASA kerana takut mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka WAJIB dia mengqadha PUASA yang ditinggalkannya tanpa perlu membayar FIDYAH.

Akan tetapi jika dia berbuka PUASA kerana takut mendatangkan mudarat kepada anaknya, maka dia WAJIB mengqadha PUASA yang ditinggalkannya dan DIWAJIBKAN juga dia membayar FIDYAH bagi setiap hari yang luput kerana dia berbuka untuk mengelakkan mudarat ke atas nyawa anak yang dalam kandungannya atau mudarat ke atas nyawa anak susuannya akibat kekurangan air susu jika dia BERPUASA.

ii. Orang Tua dan Orang Sakit
Orang yang sangat tua (yang tidak berdaya melakukan PUASA) dan orang yang sangat sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka ini tidak DIWAJIBKAN ke atasnya BERPUASA, akan tetapi DIWAJIBKAN ke atasnya FIDYAH.

iii. Orang Yang Meninggalkan PUASA
Orang yang meninggalkan PUASA kemudian dia melengah-lengahkan atau melambatkan qadha PUASANYA sehingga datang bulan Ramadhan yang baru, sedangkan dia berdaya untuk mengqadhanya, orang yang semacam ini dia adalah BERDOSA kerana melambatkan qadha PUASA yang ditinggalkannya, di samping WAJIB baginya mengqadha PUASA yang luput serta membayar FIDYAH bagi setiap hari yang ditinggalkannya itu.

Sukatan FIDYAH PUASA
FIDYAH PUASA itu ialah memberi makan orang fakir dan miskin dan sukatannya ialah sebanyak satu mudd (cupak) beras atau apa-apa juga bijirin yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu. Adapun satu mudd itu adalah sebagai ganti bagi satu hari PUASA yang ditinggalkan. Satu mudd adalah bersamaan 15 tahil atau 567 gram (566.85 gram) bagi Negara Brunei. Sukatan satu mudd ini berubah mengikut kadar yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat.

Contohnya seseorang itu meninggalkan PUASA sebanyak 6 hari pada bulan Ramadhan 1429H, namun dia melambat-lambatkan qadhanya sehingga datang bulan Ramadhan 1430H, maka WAJIB baginya membayar FIDYAH di samping mengqadha PUASANYA yang tertinggal. Untuk mengetahui jumlah FIDYAH dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:

Jumlah qadha adalah sebanyak 6 hari
1 hari PUASA yang ditinggalkan dikenakan 1 mudd atau 567 gram.
6 hari PUASA dikenakan 6 mudd (567 gram x 6 = 3,402 gram iaitu sebanyak 3kg 402g).

Bolehkah Dibayar Dengan Kadar Harga Atau WANG?
Dari segi gantian nilai pula, perlu diingat bahawa di dalam mazhab asy-Syafi‘e FIDYAH TIDAK SAH dikeluarkan dengan harganya atau WANG. Akan tetapi sebagai irsyad, adalah dibolehkan bertaqlid dengan mazhab Hanafi bagi sesiapa yang hendak membayar FIDYAHNYA dengan harganya atau WANG.

Oleh yang demikian, gantian harga atau WANG kepada satu mudd yang bersamaan 15 tahil atau 567 gram (566.85 gram) bagi Negara Brunei bagi satu hari PUASA Ramadhan yang ditinggalkan; setakat Irsyad Hukum ini ditulis ialah $0.71 (tujuh puluh satu sen) bagi beras wangi ataupun $0.48 (empat puluh lapan sen) bagi beras Siam. Kadar ini berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat.

Berdasarkan penerangan di atas, bagi mereka yang DIWAJIBKAN mengqadha PUASA Ramadhan, maka hendaklah dia menunaikannya dengan seberapa segera bilamana ada keupayaan. Begitu juga dalam keadaan-keadaan tertentu bagi mereka yang DIWAJIBKAN mengeluarkan FIDYAH perlulah mengambil perhatian kerana FIDYAH merupakan KEWAJIPAN yang mesti dilaksanakan. Bilamana ada kemampuan, maka tunaikanlah tanpa berlengah-lengah. Tambahan pula jika ia tidak ditunaikan pada tahun tersebut sehingga masuk Ramadhan pada tahun yang selanjutnya, maka kiraan FIDYAH tersebut akan berganda dan meningkat.

Bahkan bagi mereka yang telah meninggal dunia, jika si mati ada meninggalkan harta-pusaka yang mencukupi, maka FIDYAH PUASA itu merupakan hutang yang bersangkut-paut dengan hak-hak Allah yang WAJIB didahulukan sepertimana zakat, haji, nazar, kaffârah dan seumpamanya.

Penutup
Berdasarkan keterangan mengenai KEWAJIPAN FIDYAH PUASA terhadap beberapa golongan tertentu, jelas bahawa ibadah PUASA merupakan KEWAJIPAN yang tidak boleh tidak, WAJIB dilaksanakan sehinggakan apabila luput satu hari saja, WAJIB diqadha atau dibayar FIDYAH atau kedua-duanya. Perlu diingat bahawa apabila seseorang itu dikenakan FIDYAH kerana sebab-sebab sebagaimana yang dijelaskan di atas, maka KEWAJIPAN ini akan ditanggungnya selama mana dia belum melunaskan bayaran FIDYAHNYA. Maka bersegeralah melunaskan bayaran FIDYAHMU sementara masih berkemampuan dan mengingati bilangan harinya !!!

RENUNGAN: KALKULATOR TAKSIRAN FIDYAH PUASA NEGERI KEDAH

Bilangan hari puasa ditinggalkan (setahun)
6
Jumlah tahun puasa ditinggalkan
1
Harga beras secupak (RM)
2.60
Kiraan : 1 gantang baghdad = 3 cupak 1 kepul
1 gantang baghdad = 3.063 kg

Panduan : Isikan bilangan hari yang ditinggalkan, jumlah tahun ditinggalkan dan harga beras secupak. Kemudian tekan butang Taksir Fidyah.



Taksiran Fidyah bagi 1 tahun dengan purata 6 hari setahun dan harga beras secupak bersamaan RM2.60:

Jika anda meninggalkan puasa sebanyak 6 hari dan tidak menggantikannya sehingga melepasi 1 kali Ramadan, maka jumlah fidyah yang perlu dibayar ialah 6 cupak beras atau bersamaan dengan RM15.60.

Akan tetapi, jika anda meninggalkan puasa sebanyak 6 hari setiap tahun sehingga melepasi 1 kali Ramadan, maka jumlah fidyah yang perlu dibayar ialah 6 cupak beras atau bersamaan dengan RM15.60.

Sila rujuk carta di bawah:
Ramadan 1
6

= 6 cupak


Tamat Taksiran.

KALKULATOR TAKSIRAN FIDYAH PUASA WILAYAH PERSEKUTUAN

1 Cupak beras = ¼ gantang Baghdad
1 Gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7kg
Kadar Nilaian yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2009 secupak beras = RM1.75

Contoh Fidyah:
Sekiranya seseorang meninggalkan puasa 3 hari dan tidak mengqadhakan sehingga masuk Ramadhan berikutnya, wajid keatasnya mengqadhakan puasanya serta membayar fidyah (3 hari x 2 tahun x RM1.75 = RM10.50)

KALKULATOR TAKSIRAN FIDYAH PUASA NEGERI JOHOR
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak 675 gram. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat.

Kadar fidyah bagi tahun 1429H ialah RM 1.25 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang Baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675gram
atau bersamaan dengan RM 1.25 bagi sehari yang ditinggalkan

Pengiraan Fidyah
Kaedah 1: Sekiranya seseorang telah meninggalkan puasa selama 10 hari pada tahun 2005, pengiraannya seperti berikut:
2005
2006 1+ } 6
2007 2+
2008 3
Jumlah 6

6 x RM5.00 (fitrah semasa) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------
4 ( nilai mud / cupak )

= RM 75.00


Kaedah 2: Seseorang meninggalkan puasa selama 10 hari tetapi sudah bertahun-tahun dan tidak mengetahui tahun bila ditinggalkan puasanya itu, Pengiraannya seperti berikut:

3 ( ulama bersepakat) x RM 5.00 (fitrah semasa ) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 { nilai mud / cupak )

=RM 37.50

Sudahkah anda melunaskan bayaran FIDYAH PUASA ???

No comments:

Post a Comment